Friday, May 14, 2010

4 jenis manusia

Manusia atau insan adalah makluk Allah yang paling istimewa dan bertuah di bumi ini. Namun setiap individu itu mempunyai cara, identiti dan tabiat masing2 dalam menempuh kehidupannya. Cuma mungkin ada di antaranya pandai membawa diri dan menyembunyikan dirinya yang sebenarnya di mata orang lain.

Sehubungan itu, Khalil bin Ahmad menyatakan darjat manusia terbahagi kepada empat, iaitu:

i. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

ii. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian kian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

iii. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

iv. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Lalu anda dalam kategori mana?

2 comments:

  1. saya tahu dan mahu tahu apa yg tak tahu Lagi... ~ http://enciksani.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. Gitu le perjuangan hiduk enciksani. macam2 ada di dunia ini kan?

    ReplyDelete