Thursday, April 15, 2010

sayang 999 sayang

Alhamdulilah sehingga kini kak long masih bernafas. segalanya di atas kesetiaan seorang kekasih yang tidak sekutu baginya. ada sedikit cerita kak long namun maknanya amat besar dalam meniti cabaran hidup. apapun insan yang ada dalam dunia ini memang mempunyai tabiatnya masing-masing.

Siang tadi sekitar jam 12.00 tengahari kak long selesai menghadiri mesyuarat penting di Telekom Malaysia. Mesyuarat yang berjalan lancar itu membincangkan perancangan promosi khidmat MERS 999. MERS 999 cuma ada di Malaysia sahaja setakat ini. Negara2 Asean yang lain belum membangunkan sistem berkenaan. Oleh itu, sumber memberitahu TM mendapatkan maklumat mengenai sistem mereka banyak merujuk kepada negara Kanada.

Perkhidmatan MERS 999 adalah untuk memudahkan pelanggan membuat panggilan kecemasan seperti kebakaran, sakit, bencana alam dan sebagainya. Sebab itu TM melibatkan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Bomba,Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pertahanan Awam, Skmm dan badan2 lain yang berkaitan.

Mesyuarat itu bermula jam 10.00 pagi yang dimulakan dengan pembentangan Perancangan program promosi MERS 999 yang merangkumi slot tv kerajaan dan swasta, radio seluruh negeri (termasuk pelbagai bahasa seperti Bahasa Cina/Tamil/Bajau/kadazan/Orang Asli/Inggeris dan sebagainya. Kak long tengok plan untuk slot SPM di RTM setiap bulan (seperti
yang telah dibincangkan.Kami bincang agak panjang lebar mengenai program promosi itu.

Melihat data terkumpul jumlah panggilan untuk 999 sepanjang Februari sekitar 1.25juta. Mana kala untuk Mac 1.4 juta yang menandakan peningkatan angka. Sayang seribu kali sayang hanya sekitar 40 ribu panggilan sahaja yang betul. Yang selebihnya panggilan palsu. Sedih kak long melihat angka itu. Betapa masyarakat kita tidak menghargai kemudahan perkhidmatan canggih yang disediakan itu. Ini menandakan kesedaran sibik masyarakat tidak mencapai 50 peratus berdasarkan angka panggilan. Disebabkan panggilan paslu menyebabkan panggilan betul terganggu. Pihak TM telah berusaha menyedarkan masyarakat sebelum ini tetapi kesannya belum tercapai. Malahan saya menerima komen seorang kawan di RTM bahawa dia mendapat maklumbalas dengan mengadakan kempen kesedaran di media menyebabkan anaknya kerap mendailkan 999. Apakah yang patut dilakukan? Dibuat salah tak buat promosikan salam. Segalanya serba salah.

Angka berjuta itu seolah-olah tidak berbaloi dengan usaha TM mewujudkan MERS 999. TM menyediakan ruang khas untuk perkhidmatan itu dan ia serba lengkap dengan kemudahan yang terkini. kak Long sempat melihat warga MERS 999 bertugas sekitar jam 12.15 tengahari tadi. Memang banyak panggilan masuk. Seramai lebih kurang 40 orang petugas untuk menyambut talian 999. Sayang seribu kali sayang sepanjang kak long berada di situ tidak ada panggilan yang betul. Kak long sempat mendengar panggilan yang dirakam sebelum ini. Antaranya panggilan dari seorang wanita dalam pantang (baru 28 hari) bersalin. Dia dihalau suami dari rumah dan tidak ada sesiapa tempat dia mengadu. Itulah sebab dia membuat panggilan ke 999 dan akhirnya pihak polis yang menguruskan panggilan itu. Wanita itu mahu ke balai polis dan mahkamah. Nah terima kasih tuan...(walaupun ada kalangan individu kerap menyalah serta menuduh pihak polis- byk2 bersabar).

Selain itu, saya juga mendengar rakaman panggilan daripada seorang lelaki yang sakit emosi. Semasa ditanya apa yang boleh dibantu, dia menjawab dia nak cium. Aduh! petugas berkenaan ,menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai panggilan lagi yang menyebabkan petugas wanita terutama terganggu emosi mereka. Namun kak long dimaklumkan kebanyakan petugas 999 itu memang cintakan tugas mereka demi keharmonian masyarakat sejagat. Tahniah kepada mereka.

Kak long doakan mudah2an khidmat 999 ini semakin dihayati. khidmatnya dihormati serta disegani. Kita bertuah mempunyai MERS 999 kerana kita satu2nya negara Asean yang mempunyai khidmat ini...Semua panggilan tiba pejabat MERS 999 sebelum disalurkan ke agensi yang berkaitan seperti hospital, bomba dan lain2 berkenaan.

Selamat maju jaya MERS 999....

No comments:

Post a Comment