Monday, February 15, 2010

catatan penjajahan minda dan budaya

Kenapa mesti ada orang lain masuk campur dalam urusan negara ini. aku rasa bagai dijajah dan terhina. memang tidak sanggup melihat orang lain yang tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran negaraku Malaysia. Bantahan 50 ahli parlimen australia terhadap kes undang2 melibat mantan TPM adalah tidak wajar. mereka dari luar apa mereka tahu...negara ini pun demokrasi, demokrasi berparlimen. lima rukun negara , di dalamnya ada kedaulatan undang2. Rukun Negara perlu menjadi panduan dan dihayati. Malaysia kita punya. tidak mau ia dicemar dek sesiapapun...

aku harap warga negara ini tidak dijajah oleh orang luar dari segi amalan demokrasi mereka pulak! setakat mana maju dan terpelihara demokrasi di tempat mereka tidak dapat dipastikan. banyak yang berlaku di sana yang belum terbukti benarnya. jadi, tidak ada sebab mereka datang untuk memelihara demokrasi negara ini... apa yang ditakuti jadi seperti tikus membaiki labu atau ketam mengajar anaknya berjalan betul

negara ini ada acuannya sendiri. pemimpin dan pentadbir ada. ada juga sistem "power to check power". sistem undang2 yang diamalkan antara yang terbaik dipraktikkan. cuma rasa tak puas hati di kalangan tertentu masalah dalaman negara....usah libatkan kuasa luar. mereka mempunyai agenda lain jika membantu...betapa nangis air mata darah , suara bah buluh perindu merayau tidak berguna jika tersalah langkah.... jadi seperti orang2 pelastin seolah2 mengemis di bumi sendiri. aduh! sakitnya...

lalu, aku memang sokong tindakan YAB Perdana Menteri supaya Wisma Putra bagi maklumat terperinci kepada mereka yang cuba buat bantahan tu. tak usah berkata2 lebih atau tindakan menceroboh jika mereka belum faham. Tahu sahaja belum cukup. maklumat cuma semasa sarapan pagi sekadar kulit saja. lagipun negara ini cukup kemudahan, kemahiran, kepakaran dan keteladanan untuk menangani masalahnya sendiri. contoh dan kes luar tidak perlu diikut. sekadar rujukan ringan mungkin boleh dipertimbangkan.

usah jajah minda warga malaysia kerana kami pun boleh berfikir dengan baik dan bernas. jika calang2 minda mana boleh ke angkasa lepas. latihan bukan kepalang susah. Dr pakar jadi angkasawan. gitu juga ratu sukan dunia datuk nicol david mampu bertahan sehingga skg. Pereka kasut antarabangsa Datuk jimmy khoo mampu memenangi hati Istana British - Princes Diana. Kini mindanya masih berkuasa. Nah! minda kita pun ada kuasa luar biasa. tak perlu minda dijajah tak tentu pasal.

1 comment:

  1. Setuju sangat dengan komentarmu berkaitan isu campur tangan negara luar terhadap negara tercinta kita ini. Namun ada juga pihak tertentu di negara kita yang berfikiran sebaliknya dengan tindakan para pemimpin kita, misalnya di Sabah, mereka kaitkan dengan jasa negara Australia ketika perang dunia kedua dulu. Patutkah hal yang berbeza dan tiada kaitan ini dijadikan alasan bahawa tindakan campur tangan itu amat tepat. Sewajarnya orang seperti ini diberikan amaran mematahui prinsip rukun negara kita yang pertama iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

    ReplyDelete