Saturday, February 27, 2010

bunga kertas

memang betul aku tercabar tadi. Amat terduga. selepas habis majlis pelancaran album iqwal di laman santai oleh yb dato seri utama dr. rais yatim aku pun beredar pulang. aku letak kereta di luar supaya senang pulang. niat mahu tiba awal di rumah. ada kerja mahu diselesaikan. namun tiba di kereta aku kurang selesa kerana ada kancil kuning menghalang. aku keciwa dan ada rasa marah di hati. aku pun bertanya dengan pegawai keselamatanatau tukang jaga di situ. dia kata sudah bagitau pada seorang perempuan tadi agar tidak menghalang kereta orang lain. namun dia degil dan letak kereta dia di situ jugak!

aku keluar kereta dan berdiri sambil berfikir sesuatu. tak lama datang dua orang anak muda bermotor. mereka tengok kereta kancil itu. mereka pun menghampiri dan bercakap dengan jaga berkenaan. mereka pun menerima jawapan yang sama. banyak cakap pulak! jaga itu .aku jadi geram. dia sepatutnya lebih tegas kerana tugas dia menjaga keselesaan orang yang datang ke istana budaya. salah seorang anak muda itu menyatakan boleh keluarkan kereta aku. aku tidak yakin dia berbuat demikian. bagi aku biarlah kutunggu perempuan itu. namun dia tak sabar nak tunjuk 'terror' seorang lelaki. memang macam stail anak muda itu nak keluarkan kereta aku. namun ruang amat sempit. tiba2 dia diam. tangan dia melekatkan gear. aku tanya dan rupanya dia tersalah alihkan gear. gear tak boleh digerakkan. aduh! timbul pula masalah lain.

disebabkan gear buat tabiat aku terpaksa menggunakan pengalaman untuk selesaikan masalah namun tidak berjaya. dua anak muda itu terus berusaha namun tidak berhasil. mereka terus bersama . jam semakin lewat .gear jadi keras dan tidak boleh dialihkan. berpeluh aku takut tidak berjaya selesaikan perkara yang berlaku.

tiba2 perempuan seksi itu datang tanpa minta maaf. malah dia macam marah sebab tak telefon dia untuk alihkan kereta. aku jadi marah dengan cara dia. perempuan itu cantik tapi teruk perangai. dia ibarat bunga kertas. budi bahasa hancur. tanpa mohon maaf dia pamit dengan kancil kuningnya. apapun aku sempat layangkan cakap pada perempuan bunga kertas itu...pedas jugak!

aku terus berusaha untuk selesaikan masalah. tiba2 singgah di minda aku terpaksa naik teksi utk balik. kereta tinggal saja di situ. aku tidak sanggup kerana tempat itu tidak selamat. aku terus berpeluh. macam2 bermain di minda. ya allah aku mohon pada-mu jua suatu kemudahan.setelah 40 minit berlalu kutarik gear dan berjaya dialihkan...alhamdulilah. syukur. aku diduga hampir lewat tengah malan. kedua2 anak muda itu jugak lega. aku cuma mampu mohon maaf kerana menyusahkan mereka dan berterima kasih budi baik mereka terus bersamaku.

wahai perempuan berkereta kancil kuning.wajah jelita dan badan seksi pun tidak guna jika tidak guna akal dan nurani yang murni. terlalu penting diri sendiri ada musibahnya. suatu waktu nanti perempuan itu akan berdepan dengan dugaan yang lebih daripada aku hadapi. sebab itu, buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali...

ada kereta tapi tak ada budi bahasa amat menyusahkan orang lain. ada budi bahasa tapi tak kereta adalah lebih baik.

No comments:

Post a Comment