Wednesday, January 27, 2016

SIswa makan nasi bujang



Saya terbaca ada kajian Sukarelawan Muslim Malaysia (MUM) yang dapatan kajian mereka menyatakan 41% mahasiswa hanya makan mee segera, 44% hanya makan "nasi bujang".  Kajian ini melibatkan 25,632 mahasiswa dari enam (6) universiti - UiTM, UM, UIA dan UKM. Saya pun tertanya2 dengan dapatan kajian ini. Betul ke ramai yang makan mee segera ni disebabkan tidak cukup wang untuk makan? Sedang biasanya bila tinggal di hostel memang paling mudah nak buat rendam maggi le. Saya poon ketika belajar ada masanya makan maggi jugak.  Masa itu harga murah lagi. Namun wang amat kurang. Ramai kekawan tak cukup wang masa itu tapi kami tak bising. Tiada pulak orang buat kajian. Belajar diteruskan jugak.

Perkara ini timbul disebabkan kos hidup meningkat. Harga barang mahal. Masalahnya ada yang ambil kesempatan naikkan harga barang yang tak sepatutnya naik. Masa kini harga minyak turun tapi harga barang tak turun pun.  Bila harga minyak naik maka, harga barang pun naik. Memang dasar tak berhati perut mereka yang terlibat. Bukan bagus nak menipu dalam berniaga ni. 

Banyak keluhan mahasiswa terbeban dengan harga mahal. Wang poket tak cukup. Ada pinjaman pun tak cukup.  Mungkin betul untuk sesetengah kursus yang perlu beli macam2 benda. Cuma saya ingin sentuh dalam blog #ariahjudah ni ada dalam kalangan pelajar beli handphone yang mahal.  Mereka sanggup gunakan duit PTPTN untuk beli kemudahan yang bukan utama. Ada juga beli kasut, gitar dan macam2 gajet di pasaran. Mereka bagai tak senang jika handphone tak ada prepaid. Apa keperluannya? Tidak lain untuk  sms, wasap dan berfb. Memang susah nak cakap. 

No comments:

Post a Comment