Wednesday, November 18, 2015

Aaisyah - anak Cha Ta Dah Jadi Pelakon


Hei lewat petang gini mari kita kongsi dalam blog ariahjudah tentang story si comel Aaisyah Dhia Rana, 1. Anak bungsu Cik Ta atau Rozita Che Wan. Kecik2 lagi dah jadi pelakon.  Bertuah betul budak ini.  Anak pelakon terkenal le kata kan. Jika buka anak Che Ta dah tentu bukan mudah anak kecil begini dapat tawaran berlakon. Dengar2 Aaisyah ni menerima berbelas ribu ringgit jugak. Amboiii rezeki tentunya gitu. Masa kecik ni dah terima bayaran sebanyak itu, apa lagi bila dah besar nanti.
Kebetulan Aaisyah berlakon dengan emaknya Che Ta dalam drama Kak Marr. Drama ini 26 episod dan Aaisyah terlibat selama 11 hari. Berlakon sebagai anak kepada Cik Ta sendiri tentu lebih mudah. Paling bagus, Cik Ta tak rindu le sebab si comel ada bersama dalam set. Memang pintar le penerbit drama itu kerana ambil pakej emak dan anak sekali. Tentu ramai tak sabar tunggu drama ini disiarkan di tv nanti.  Terbayang2 bagaimana comelnya anak kacukan ini beraksi.

Makanya, dengan drama Kak Marr bermulakan episod Aaisyah sebagai pelakon. Sejarah umur 1 tahun akan tertulis dalam kehidupan anak Cik Ta.  Moga Aaisyah akan menjadi anak yang baik dan berjaya dalam kehidupannya nanti.

No comments:

Post a Comment