Wednesday, July 22, 2015

Yana beraya di kampung suami


YANA mendedahkan sikap suaminya yang gemar menikmati juadah ayam goreng saat berbuka puasa.


Mari kongsi cerita artis glamor yang seorang ini ye...
KEMERIAHAN menyambut lebaran bersama insan tersayang pasti menjadi momen indah dan detik itu akan dirakam kemas, sekali gus disimpan kemas dalam lipatan sejarah.
Perasaan teruja untuk menyambut Aidilfitri dengan keluarga baharu turut dirasakan oleh pelakon popular, Yana Samsudin yang pertama kali berhari raya di kampung halaman mentua.
Meraikan hari raya sebagai pasangan suami isteri pasti menjadi satu detik indah buat mereka yang pertama kali merasa hidup berumah tangga.
Perasaan itu jelas terpancar di wajah pelakon jelita, Yana Samsudin bersama suaminya, Fadzil Zahari yang selamat mendirikan rumah tangga sekitar bulan Februari lalu.
Menurut pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu, persiapan raya tahun ini lebih tertumpu kepada suami. Jika dahulu keputusan di tangannya, kini fokus utama adalah menyediakan kelengkapan buat insan tercinta terlebih dahulu.
“Sebelum berumah tangga, saya akan membuat keputusan untuk diri sendiri tanpa perlu memikirkan tentang sesiapa kecuali ahli keluarga sahaja.
“Namun kini, rentaknya sedikit berlainan apabila saya perlu menyediakan persiapan untuk suami. Biarpun memiliki cita rasa sedikit berbeza tentang pemilihan warna baju kerana Fadzil lebih gemarkan rona gelap berbanding pastel, keputusan tetap dapat dicapai” katanya sambil melirik manja ke arah suami.
Menurut Yana, meskipun sambutan perayaan Syawal pada tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, dia tetap menyediakan beberapa pasang baju sempena lebaran, namun tidak terlalu memberi penekanan sehingga sanggup berbelanja sakan.
“Kami mempunyai beberapa pasang baju raya pada tahun ini kerana ingin memenuhi beberapa undangan majlis sepanjang hari raya tetapi tidak sampai menjurus ke arah pembaziran dengan cara acu dan padan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz3gbuDaNrf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment