Thursday, July 23, 2015

Melayu berpecah lagi ke?



Alahai tersiar di akhbar tempatan  Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengingatkan beberapa bekas pemimpin Pas yang berhasrat menubuhkan parti baharu berfikir panjang dan tidak terperangkap dengan agenda pihak2 tertentu. Kenapa jadi gitu pulak! Apakah penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) itu keputusan yang bijak??  

Apa terjadi dengan PAS? Parti ini berjuang untuk kebaikan jugak khasnya untuk orang Melayu dan agama Islam. Tentu ramai yang bersedih dengan tindakan itu.  Ada juga yang terkilan sebab ada pemimpin yang dulunya orang kuat PAS tetapi kini menyertai GHB. Napa gitu jadinya pulak??? 


Beliau yakin kalau mereka tidak berhati-hati, kumpulan itu akan tinggal hudud sebab DAP bantah undang-undang Islam itu. Beliau juga meminta golongan berkenaan berfikir dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah perkara besar yang melibatkan masa depan mereka sendiri.

Apapun isu mengenai GHB semakin rancak diperkatakan di media-media. Begitu jugak sembang di kedai kopi dan restoran.   Tertanya2 juga sapa agaknya tulang belakang Harapan Baru ini. Tentunya ada dari kalangan yang berilmu dan berpengaruh dalam HB ni. Kenapa perlu ditubuhkan??? Apakah perjuangannya? Yang nyata orang Melayu berpecah lagi. Jika begitu ia satu kerugian dalam perjuangan orang Melayu. Asyek nak berpecah saja Orang Melayu ni macam mana nak menang dalam perjuangan.  Cepat le bersatu. Bersatu teguh. Biar benar kata2 Hang Tuah - takkan Melayu hilang di dunia. Tak mau le Melayu cuma tinggal nama saja. Ayuhhhh berjuang le orang Melayu tanpa mudah diganggu gugat.

No comments:

Post a Comment