Wednesday, July 22, 2015

Catatan raya


Saya cuma bercuti hari raya hanya enam hari. Balik kampung memang ditunggu2 sejak zaman sekolah.  Alhamdulilah  saya bersama suami balik kampung Kota Belud Sabah dan meraikan hari raya dengan eyang (emak), kakak, adik2, ipar duai, anak2 dan cucu. Memang indah bila bersama keluarga. Di pagi raya itu siap berbaris lagi untuk bersalam mohon kemaafan. Selepas itu klik2 foto. Berfoto menyerikankan juga perayaan hari raya. Macam2 gaya. Memang happing le.

Hari raya pertama  hidangan kari daging, rendang ayam, ketupat, nasi himpit, kuah kacang dan lain2. Cuma saya kurang makan biskut raya. Biasanya kuih raya itu sedap tapi selera belum mengganas gitu. Raya kedua makan mee goreng dan kuih muih.  Adik banyak buat kek. Kek tu memang sedap giler - kek asam, kek coklat dan lain2. Tetamu amat le ramai. Letih tak usah cakap le. Yang penting bahagia sebab dapat berkumpul saudara mara. Terima kasih kepad yang sudi datang. Maaf le jika layanan dan makanan kurang memuaskan.

Hari raya ketiga jam 2 petang saya bersama suami berangkat balik ke Kuala Lumpur. Flight jam 5.35 petang.  Memang berta untuk pulang. Belum puas beraya di kampung. Tambahan pula tidak sempat berkunjung ke rumah pakcik dan makcik serta saudara2 lain.  Terasa amat le rugi. Moga panjang umur hingga tahun2 hadapan.

No comments:

Post a Comment