Monday, May 4, 2015

Reunion Pelajar SMK Arshad



Siri 1 - reunion

Betapa indahnya majlis Reunion kami sebagai pelajar SMK Arshad pada 1 Mei 2015 yang baru lalu.  Majlis yang cukup bermakna itu dilaksanakan selepas meninggalkan SMK Arshad lebih 35 tahun. Memang tidak kusangka akan bertemu kekawan sekolah menengah. Pertemuan itu bagaikan dapat mutiara hati. Majlis yang bertemakan hitam, putih dan pink telah dihadiri lebih 300 orang termasuk beberapa orang guru yang pernah mengajar kami. 

Aku memang sedari awal mau hadir setelah dapat izin suami. Tempah tiket kapalterbang sejak tiga bulan yang lalu. Terima kasih kepada sahabatku, Siti Safiah Ali kerana memberitahuku tentang group watsap C80 reunion. Namun tak sangka pada mulanya ada majlis seindah itu diadakan. Berdebar2 sebenarnya menunggu tarikh keramat pertemuan itu. Hampir setiap hari ada perkembangan baru disebarkan dalam group tentang majlis reunion berkenaan.

Aku teringat sepupuku Ruhati Salleh atau kupanggil dia Molek. Aku menghubunginya mengenai majlis reunion itu.  Sebelum itu aku mohon kerjasama pentadbir watsap supaya memasukkan namanya dalam group. Alhamdulilah dia yang mengurus pembelian tiket kami. Harga tiket cuma RM100. Takut kehabisan tiket. Risau akan tercicir dan tidak dapat hadir majlis, aku gesa dia menemui Chu Moi Hiong dan beli tiket kami. #C80reunion #C79reunion #nostalgia #SMKarshad

bersambung...

No comments:

Post a Comment