Tuesday, April 21, 2015

Penamaan calon PRK Rompin



Aku nak tulis dalam blog ariahjudah ni tentang perasaanku tak sabar menunggu penamaan calon untuk PRK Rompin esok.  Tinggal beberapa jam lagi ni.  Calon untuk BN dah ada.  Begitu juga untuk calon PAS. Kedua2 nama bakal calon tu dah disiarkan di media.  Kedua2 calon  ada kekuatannya masing2. Cuma adakah lagi calon lain. Maksudnya, masa penamaan calon esok ada calon Bebas. Bebas biasanya menggunakan lambang kunci, buku, pencil dan sebagainya.

Selepas penamaan calon kempen pun akan bermula. Tak sabar nak tau apa isu2 yang bakal diuar-uarkan nanti. Mungkin ada yang bawa isu pembangunan.  Jika nasib baik dan sesuai isu itu akan mendapat respon yang baik dari kerajaan.  Orang kampung akan untung nanti. Harap2 masa kempen ini suasananya tenang dan baik2 saja. #kasutku

No comments:

Post a Comment