Sunday, April 26, 2015

Felda Selendang - usah berpatah arah

Salam  bahagia. Selamat membaca blog ariahjudah. Siang tadi saya melawat kawasan. Agak jauh jugak Selendang. Felda Selendang terletak di dalam DUN Tioman. Sepanjang perjalanan hijau menyapa mata.  Memang indah sekali. Mulanya risau jugak kami tersalah jalan kerana tak jumpa sebarang perkampungan.  Apa lagi perumahan. Cuma ketika meninjau  di dalam ada beberapa kawasan yang terbakar atau dibakar. Kenapa agaknya gitu? Mungkin baru nak menanam kelapa sawit.

Selepas 20 minit perjalanan baru le jumpa simpang ke Felda Selendang. Beberapa bendera parti BN dan PAS dipasang di pintu masuk. Berkibar. Kali ini tak banyak pun bunga sepanjang jalan seperti di felda lain yang kukunjungi.

Setelah masuk ke kawasan lebih dalam lagi barulah jumpa beberapa rumah penduduk. Dilihat keadaan rumah menunjukkan Felda Selendang belum begitu lama. Rumah2 masih baru. Malahan, rumah pegawai Felda pun masih gah dan cantik.  Beberapa rumah baru dibina.  Ada yang semi-D. Ada jugak rumah lama dirobohkan dan diganti dengan rumah baru. Ala2 banglo gitu.  Bertuahnya penduduk di Felda Selendang.  Mereka dibagi kemudahan dan pembangunan. Teruslah menyokong mereka. Usah berpatah arah ye... jika ada yang kurang boleh tegurrrrr

Semasa melawat kawsan Felda Selendang baru kuperasan rupa2 untuk ke Taman Endau-Rompin pun boleh melalui kawasan itu. Kat situ ada sebauh tasek. Luas. Membiruuuu #prkrompin #prkpermatangpauh #malaysiaaktif #jp01

No comments:

Post a Comment