Friday, April 24, 2015

2000 Pegawai Penerangan kononnya duduk di pejabat


Tiba-tiba jadi gempar bila keluar statement kononnya 2000 Pegawai Penerangan tiada kerja.  Mereka cuma duduk di pejabat dan diarah baca suratkhabar. Kenapa gini jadinya??? Sakit dan pedih bila dapat tau perkara itu.  Dalam blog ariahjudah ini cuba dikomgsikan cerita dari sukmaku. Tiada pernah kusangka cerita Pegawai Penerangan begini negatif akan wujud.

TSRais bangkitkan cerita ini dan keluar di Astro Awani baru2 ini. Betul ke? Apa kebenarannya Pegawai Penerangan cuma baca suratkhabar. Adakah buktinya???? Mungkin ada cerita lain di sebalik news itu. Dengar2 pihak Astro Awani cuba ambil penghujung cerita. Saja mau sensasikan berita kot! kenapa jadi gitu??? Cara itu menjatuhkan imej Pegawai Penerangan.  Orang ramai tak ada masa untuk cari kebenaran.  Apa yang didengar dan dibaca tu le bahannya. Mulanya rangkaian persepsi memainkan peranannya.  

Dengar2 TSRais tak menuduh Pegawai Penerangan sedemikian rupa.  Dia kononnya menyatakan amat rugi kepakaran Pegawai Penerangan masa kini tidak dipenduli dan digunakan.  Siapa yang tidak gunakan kemahiran atau kepakaran Pegawai Penerangan itu??? Entah le. Memang tak dinafikan mereka mahir dalam komunikasi bersemuka. Kemahiran Pegawai Penerangan seolah2 tak dihargai kononya. Kepentingan komunikasi bersemuka (face to face communication) tetap relevan masa sekarang. Tapi  yang lebih menonjol kini lebih adalah aktiviti media sosial - FB, twitter, blog, Youtube dll. Hakikatnya kedua2nya sama penting. Kedua2nya relevan kerana senario dan keadaan kawasan yang berbeza. #kasutku  #pegawaipenerangan  #komunikasibersemuka

No comments:

Post a Comment