Tuesday, January 6, 2015

Banjir di Kelantan - syarikat kayu balak perlu bantu.



Terfikir tiba2 ada rumah mangsa banjir di Kuala Krai itu musnah sebab dilanggar kayu balak. Jadi syarikat terlibat perlu bertanggungjawab. Wajar!!!!!! Tentu rumah kampung kebanyakannya tak dapat bertahan. Kayu balik dihanyutkan air bah. Besar dan berat. Arus air pula deras. Jawabannya  roasak dan musnah le rumah bila balak melanggar. Hilang le tempat tinggal mereka. Memang kasian. Air mata mengalir tanpa sedar. Rumah mangsa cuma  tinggal tangga dan tapak saja. Hati mana tak remuk. Perasaan mereka tertekan sebab tempat tingga tak ada.

Kini sewajarnya syarikat kau balak perlu membantu mangsa. Pihak syarikat hendaklah bertanggungjawab.  Memang le bukan mereka yang suruh banjir. Namun disebabkan kayu balak itu rumah mangsa musnah. Hancurrr. Malahan ada lagi kayu balak itu tersangkut di tangga rumah. Mangsa mau buat apa tu? Cara paling mudah selain hulurkan makan dan keperluan harian, syarikat kayu balak boleh  laksanakan program "anak angkat".  Tanggungjawab tu bukan cuma di tangan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment