Tuesday, December 30, 2014

Pesawat Airasia ditemui




AZ8501  milik Airasia Indonesia telah ditemui di perairan Berlitung, Indonesia. Betapa sedih dan sendunya keluarga mangsa yang terlibat.  Ada yang pengsan kerana terlalu sedih. Setakat ini lebih 40  mayat mangsa telah ditemui terapung di air. Perasan tersentuh bila mengenangkan mayat mangsa terapung dipikul ombak. 

Seorang ibu mangsa memberitahu ketika ditemubual wartawan bahawa beliau redha dengan pemergian anaknya. Sebelum itu beliau selalu bimbang jika hujan dan ribut ketika anaknya bertugas. Sebagai paramugara, anaknya memberitahu beliau bahawa jika dia keluar bertugas, maka dia sanggup mati. Betapa kuatnya semangat dan punya komitmen yang amat tinggi terhadap tugasnya.

Mari kita imbaskan, Airasia QZ8501 hilang kononnya disebabkan mau mengelakkan awan. Ia hilang selepas 42 minit terbang di awan. Pesawat airbus Indonesia itu dari Surabaya ke Singapura. Berlepas 6.36 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya dan sepatutnya tiba di Singapura jam 8.30 pagi.

QZ8501 kini telah mencipta sejarahnya sendiri dalam dunia penerbangan...tinggal kenangan yang amat sedih.

No comments:

Post a Comment