Thursday, February 14, 2013

Anak Whitney Warisi Tabiatnya

Senyum sendiri bila membaca artikel tentang anak artis wanita yang terkenal dengan keliarannya. Siapa lagi jika bukan Whitney Houstan. Dia seorang penyanyi yang ketagih minuman keras dan ubat-ubatan terlarang serta dadah yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Dia meninggalkan waris seorang anak perempuan. Namanya Bobbi Kristina. Cantik dan cute. Namun peranginya liar. Maka, seorang penulis menyifatkan ia mewarisi tabiat ibunya. Iaitu ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ketika dulu mediang Whitney ini seorang penyanyi terkenal dan berbakat yang menjalani kehidupan liar dan bebas. Menurut laporan akhbar The Sun gaya hidup tidak sihat Whitney nampaknya diwarisi oleh anak perempuan itu. Bobbi menhadiri sebuah majlis bersama abang angkatnya, Nick. Pasangan ini tanpa segan silu bermesra di khalayak umum dengan bercium dan berpelukan. Malahan mereka merokok yang mengandungi bahan terlarang. Sebenarnya, dulu2 Nick dipelihara oleh ibunya sebagai anak angkat. Sekarang terangkatle. hehehe... Hubungan adik dan abang angkat itu tak restui ahli keluarga. Sebelum ini mereka umumkan telah bertunang tapi ikatan pertunangan mereka telah putus disebabkan hal2 tertentu.

No comments:

Post a Comment