Wednesday, June 13, 2012

Neelofa hendak saman Anzalna

Neelofa dan Anzalna.....Memang CANTIK DAN MENAWAN LE Artis ini dunianya penuh dengan cerita sensasi. Adakalanya disebabkan publisiti di media mereka boleh bergaduh dalam senyap. Malahan ada yang saling saman menyaman. Masing2 mau jaga imej dan maruah diri. Hakikatnya, dunia artis Malaysia bukan le besar sangat. Pusing2 jumpa orang yang sama jugak! Cerita terbaru artis cantik saman artis cantik. Neelofa hendak sama Anzalna pulak! Wow!!! memang hot news le ni untuk para peminat seni tanah air. Kedua2nya bintang yang sedang bersinar dan menyerlah dalam bidang lakonan. Kedua2nya ada klas tersendiri dan peminatnya. Gini,si cantik Neelofa mendakwa difitnah dalam kenyataan Anzalna dalam artikel "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar di sebuah akhbar pada 10 Jun yang lalu. Artikel itu boleh menjejaskan imej dan menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Dia bagi seminggu untuk Anzalna bagi maklumbalas dan penjelasan. Anzalna juga menyatakan terdapat akuan di media sosial bertajuk "Kami Benci Anzalna". Dia dakwa pulak semua pengikutnya tahu menerusi laman sosial milik keluarga Neelofa itu menghina keluarganya. Aduii kenapa sampai gini jadinya. Harap2 dapat diselesaikan dengan baik le... Mereka saling bertukar2 kenyataan di media. Tentu peminat mereka jadi resah. Tu le bahayanya media sosial ni...Kadang2 sumber itu tak dapat dipastikan kesahihannya.

No comments:

Post a Comment