Tuesday, June 5, 2012

Kulit tomato mudah dikupas

Tomato antara sayur yang boleh dimakan mentah dan dimasak. Kandungan vitaminnya bagus untuk kulit. Ada juga yang gunakan tomato utk sapu di muka terutamanya wanita. Boleh campur dalam sambal belacan. Tomato sedap untuk dibubuh dalam sup atau sayur goreng. Malahan seorang rakan kerap buat sup tomato kerana amat digemari suaminya yang berbangsa Arab. Ada rahsianya, untuk lebih mudah mengupas kulit tomato, rendamkan dalam air suam selama lima minit hingga 10 minit. Selepas direndam kulit lebih senang dikupas. Agar buat tomato yang disimpan sentiasa segar dan lembut, rendam semalaman dalam air sejuk berisi garam.

No comments:

Post a Comment