Thursday, June 7, 2012
Akhirnya Nurul Kahwin
Tahniah untuk penyanyi hitam manis, Nurulkerana akhirnya kahwin untuk kali keduanya. Nama suaminya Eric berusia 47 tahun. Dengan usia itu dia sewajarnya cukup matang utk menjadi suami. Elok le Nurul kahwin untuk mengelakkan segala fitnah. Lagi pun bekas suami pun sudah bahagia dengan isterinya. Yang penting anak Nurul setuju dengan pilihan mamanya. Nah tentu nanti anak dara sunti Nurul akan mahir berbahasa Inggeris.
Suami pilihan Nurul kali ini bukan Melayu. Tentunya nanti Eric kena belajar makan belacan, ikan singgang, kari ayam, masa tomato dan sebagainya. Kehadiran Eric mengisi kekosongan hidup Nurul selepas lebih lima tahun hidup sendirian. Mujur le ada anak sebagai peneman.
Kenapa pilih mat salleh ye? Adakah Nurul sudah patah hati dengan lelaki Melayu. Lelaki Melayu itu le menyebabkan dia keciwa. Air matanya mengalir walaupun tiada siapa yang tahu.
Selamat Pengantin Baru Nurul dan suaminya. Moga bahagia hingga ke akhir hayat. Nurul jugak kena bagi panduan secukupnya utk Eric yang masih terlalu baru dalam agama Islam. Moga Eric menjadi umat yang disayangi Allah swt.
Labels:
Artis Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment