Thursday, May 31, 2012

Merokok itu memusnahkan

Kenapa mesti merokok? Ada kononnya mau dapat idea. Bila merokok idea lebih banyak. Pergaulan lebih intim dan mesra. Ada jugak tunjuk mucho bagi lelaki. Bergaya dan nampak kelelakiannya. Bagi wanita pulak ia lambang kemodenan. Apa lagi jika jemari itu dibubuh cat di hujung kuku. Mereka kelihatan sebagai wanita mengikut arus zaman. Namun yang nyata kini merokok itu memusnahkan. Kesihatan akan tergadai disebabkan rokok. Ramai yang menangis kerana ada keluarga yang menghidap penyakit keronik seperti kanser disebabkan merokok. Jika sudah terlantar di katil dan hampir semua paru2 telah musnah maknanya sudah terlambat untuk berhenti merokok.
Merokok itu jugak pemusnah ringgit malaysia. Rokok di pasaran memang harganya mahal. Kerajaan menaikkan tax rokok. Memang wajar dibuat begitu. Namun perokok tetap rela membeli rokok walaupun ringgitnya tak seberapa banyak. Malahan ada yang sanggup berhutang demi rokok. Akibatnya ekonomi keluarga terganggu disebabkan rokok. Ringgit sepatutnya untuk belanja sekolah anak digunakan untuk rokok. Ada rumahtangga jadi kacau bilau disebabkan rokok. Memang rokok pemusnah.

No comments:

Post a Comment