Sunday, February 19, 2012

Visa pelajar asing dihentikan

Saya setuju dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa dan pas sosial kepada penuntut asing. Ini disebabkan negara ini bagai dilanda masalah kerana lambakan pelajar atau penuntut asing yang begitu mudah datang ke Malaysia. Mereka dengan mudah berda di Malaysia sehingga timbul kegiatan jenayah, seludup dadah, pelacuran dan sebagainya.

Jadi sebelum masalah terus mudarat maka kegiatan yang negatif itu perlu dibendung sebaik2nya. Mana2 pusat pengajian yang berurusan dalam perkara berkenaan perlu juga memikirkan supaya jangan sampai lupa diri hanya mementing keuntungan sahaja. Tanggungjawab kepada negara dan bangsa adalah yang teratas sekali.

Oleh itu, baguslah tindakan kementerian itu. Visa pelajar akan dikeluarkan kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian. Begitulah ditegaskan oleh YB Menteri KPT baru2 ini.

No comments:

Post a Comment