Thursday, February 9, 2012

Nur Islam di Thailand

Aku pernah menjejakkan kaki ke Chiangmai dan Chengrai. Dua bandar yang masing2nya ada keistiwaaannya di Thailand. Aku juga suka ke Hatyai. Masyarakatnya di sana mesra .Seronok berada di bumi yang kaya dengan budayanya ini. Kos hidup amat sederhana. Sebagai pelancong suasana membeli belah memang menyenangkan. Harga barang tidak membebankan. Kebetulan juga nilai ringgit dan bath lebih kurang sama saja.

Namun ,apa yang lebih membangga saya ialah di bumi Thailand itu ramai orang Islam. Mereka bebas bergerak dan melaksanakan ibadat tanpa sekatan. Menurut laporan di sisipan UM - Mega Islam di Thailand tidak di diskriminasikan. Segala tanggapan negatif terhadap kehidupan masyarakat Islam di negara itu adalah permainan politik dan propaganda semata2. Betapa tidak adilnya tanggapan itu sedang mereka mempunyai kehidupan yang baik.

Masjid-masjid di Thailand terjaga dan berfungsi dengan baik tanpa sekatan atau halangan. Begitu juga pondok-pondok pengajian termasuk di tengah-tengah bandar seperti di Chiangmai.

Pemimpin Thailand ternyata juga mengambil berat kehidupan masyarakat Islam dengan kejadian ketika musim haji baru2 ini, iaitu pemerintah negara itu telah menghantar pegawai polis bergama Islam ke Tanah Suci Mekah. Ia bertujuan untuk memastikan jemaah haji Thailand mempu melaksanakan ibadah dengan tenang.

Menurut Mejar Jeneral Chanwoot Indhulux, Ketua Pejabat penyelaras Sempadan Malaysia-Thailand ,segala perkara yang cuba dilakukan untuk menggugatkan keamanan dan mewujudkan pergolakan di selatan Thailand itu bagai percikan air ke dalam laut yang hanya sia2 belaka.

Katanya, orang Islam di Thailand bahawa kerajaan negara itu sentiasa berusaha bagi memerikan kehidupan yang stabil kepada semua rakyat tanpa mengira siapa.

Ternyata nur Islam di Thailand terus bersinar. Masyarakat Islam di negara itu menikmati hak seperti rakyat Thailand lain tanpa rasa bimbang atau takut. Oleh itu, tindakan yang mengatakan masyarakat Islam dalam ancaman hanyalah tohmhan mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini disebabkan mereka mempunyai agenda yang cuba menggambarkan kepada dunia luar .
kononnya umat Islam di Thailand ditindas.

Mudah2an kehidupan masyarakat Islam di negara chulalongkon itu akan terperihara dan sinar nurnya sentiasa menyerlah di segenap ruang.

1 comment:

  1. iyer ker? yang kejadian bunuh membunuh beramai2 di selatan thai tu angkara siapa pula?

    ReplyDelete