Sunday, April 18, 2010

kehormatan- timbang rasa dan terhalang kejahatan

Saya terbaca mengenai pentingnya menjaga kehormatan nama dan diri. Namun perlu ditegaskan kita tidak boleh atau tidak digalakkan sama sekali untuk bersikap sombong dalam usaha mencari nama. Apa lagi jika tindakan demi mencari nama itu, seseorang sanggup bertindak kejam untuk orang lain. Dia langsung tidak menyimpan rasa akan kepentingan dan kesenangan orang lain kerana yang mustahak orang tau dan kenal nama diri. Terlanjur bercerita tentang hal ini, maka ada sedikit yang menyentuh dunia saya. Ada seorang insan itu bertindak menyatakan bahawa saya tidak buat sebarang tindakan. Begitu juga kawan2 yang sekitar dengan saya. Memang amat menyentuh tuduhan ini. Kenapa mesti masuk kerja orang lain? Kami telah ada skop kerja masing2. Malahan ada ketikanya kami membantu kerja dia tapi saya tidak pernah mengadu kepada orang tertentu. Sesekali orang tertentu bertanya mana dia dalam sesuatu majlis (jika dia tidak datang), saya cuma kata tak tau atau belum tiba agaknya. Nah! bila timbul cerita mencari nama ini, dia seorang yang telah berpengalaman sanggup kata saya tidak membantu. Apa jadahnya pulak! Kerja apa nak dibantu? Pelik betul. Iya saya tau, sebab mahu nama disanjung dan dikatakan dia sahaja yang bekerja. Tidak apa yang penting saya bersama rakan2 sekerja buat apa yang sepatutnya (ada tika lebih dari patut). Di mana dia sikap timbang rasa dan perihatin sesama insan.



Seterusnya, tidak perlulah menundingkan jari kepada orang lain dalam hal mencari nama. Sewajarnya tidak menjadi kesalahan tindakan mencari nama dan kehormatan tetapi mestikah berusaha memperbaiki budi sendiri. Mencari indentiti dan diri yang ada ketikanya seolah2 hilang itu lebih munasabah. Muhasabah diri jalan terbaik untuk menjernihkan dan mendapatkan ketenangan diri yang sebenarnya.



Gila hormat jangan sekali diamalkan kerana boleh menjadikan seseorang itu lupa diri. Namun, keinginan menjadi orang yang terhormat, haruslah menjadi tujuan hidup. Kehormatan bukan semata2 kerana wang ringgit atau harta bertimbun sahaja tetapi jasa baik dan budi pekerti yang tinggi juga pertanda kita mendapat kehormatan daripada sesama insan. Kehormatan dan kata2 baik serta pandangan positif daripada orang lain adalah pendorong hati berusaha melakanakan sesuatu yang lebih indah dan baik.



Hakikatnya kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Tidak semua orang suka melihat kita berjaya dan mempunyai kehormatan serta kemuliaan. Jika kita mendapat hasil dan melangkah dengan baik ada sahaja orang yang melihat itu dengki dan sanggup buang timbang rasa. Memang wujud manusia yang tidak senang atau benci pada orang yang punya kelebihan dan pencapaian yang cemerlang walaupun masih ada yang sayang dan gembira. Mengakui kehormatan dan kemuliaan seseorang ada ketika amat payah diterima sesetengah kalangan insan malah jika mampu mereka berusaha untuk menghalangkannya...Jadi andai perkara ini ada dalam benak hati kita walaupun sekecil noktah cepat buang jauh2. Insafkan diri kita masing2 punya kelebihan yang Tuhan bagi cuma perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.



Oleh itu, adalah digalakkan supaya kita sentiasa berusaha meningkatkan budi pekerti tinggi dengan keikhlasan. kehalusan dan ketinggian budi pekerti akan menyebabkan ramai insan sekeliling sayang pada diri kita. Namun perlu juga bersedia berdepan dengan suasana orang yang bakal membenci kerana iri hati. Ia penyakit yang susah diubat kecuali dengan bersihkan jiwa dan hati serta beriman kepada Allah SWT.



Sehubungan itu, pepatah Arab ada menyatakan,"agama menjadi sendi hidup, pengarauh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatan nya itulah yang melarangnya berbuat jahat." Terang lagi bersuluh. Nyatalah di sini kerhormatan itu suatu pemangkin bagi seseorang itu melaksanakan segala kebaikan dengan sukarela.

Bukan mudah mempertahankan kehormatan pada zaman ini. Pebagai pendekatan digunakan untuk memenangi minda individu yang digarapkan macam2 bidang ilmu dan pengalaman. Untuk mendapatkan maklumat hanya di hujung jadi. Lantaran itu menjaga kehormatan dari serangan yang bertubi2 menimbulkan perjuangan sengit serta kekentalan jiwa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment