Tuesday, May 29, 2012

kekacang blh turunkan kolestrol


Ada saya terbaca bahawa terdapat kajian sesetengah jenis kekacang mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ini disebabkan tdapat kandungan asid lemak tidak tepu yg tinggi. Ia membantu menjadikan dinding pembuluh darah yg sihat dan bebas drpd kolestrol melekat.

Namun perlu ditekankan yang kekacang itu mengandungi kalori yang agak tinggi. Jadi elakkan pengambila yg berlebihan. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup utk memberikan kebaikan kpd jantung.

Sebaik2nya ambil le dengan sederhana makanan jenis kekacang spy tidak memudaratkan kesihatan. Jika terlebih ambil menyebabkan kegemukan kerana kalori yg tinggi. Ia sekaligus meningkatkan kandungan kolestrol dalam badan.

Adalah disyorkan makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari yg mampu mengurangkan paras kolestrol. Makanan berasaskan kacang seperti soya - tauhu dan tempe adalah makanan sihat.

No comments:

Post a Comment