Sempena Hari Belia tu sempat jugak saya tgk wayang pacak. Dulunya dikenali sebagai wayang free (panggilan orang di kg saya). Memang best sbb skrinnya besar. Puas tengok. Ceritanya pun bagus. Teringat zaman kanak2 di kg suatu ketika dulu. Kami sibuk bersiap awal bila tau ada wayang free dari Jabatan Penerangan. Cuma yang tak best masa itu bila tiba2 saja tayangan diberhentikan sebab ada penerangan. Rasanya terlalu lama dia bercakap. Tapi kami tetap sabar sehingga tayngan disambung. Sayangnya wayang free tu sudah tak ada lagi. Padahal jika diadakan dan diperbaharui dgn eleman semasa kini tak mustahil ia dpt sambutan.
Wayang pacak ditayangkan di kawasan lapang dekat dgn banguna KPKK. Ia dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan beberapa malam di situ. Sebelum ini wayang pacak jugak diadakan di Shah Alam di kawasan padang oleh sebuah badan. Dengar2 dapat sambutan baik jugak. Ramai dtg tgk wayang di tengah padang. Mereka duduk beramai2 sambil bersantai. Mungkin jugak mereka sudah bosan tgk cerita di TV dan sekitar dlm rumah saja.
No comments:
Post a Comment