Monday, May 28, 2012

Cukur Jambul


Cukur Jambul adalah dikhususkan untuk kanak2 kecil. Biasanya dilakukan selepas ibunya abis pantang. Bayi pun dah sihat. Yg paling penting rambut bayi dah tumbuh. Majlis cukur jambul biasanya dihadiri keluarga terdekat atau kawan2 terdekat. Namun persediaannya pun bukan le mudah. Ini disebabkan ada ibubapa yang lengkap sediakan pelamin dan buaian yang dihias indah.  Malahan disediakan goodies untuk tetamu. Hidangan juga diadakan. Apa lgi jika anak yang pertama atau anak tunggal. Namun yang mustahak lagi kos boleh ditampung.


Sempena majlis cukur jambul diadakan marhaban. Macam2 lagu dinyanyikan. Memang menyentuh hati kerana liriknya berunsur nasihat dan doa.

Memang wajar cukur jambul dibuat jika ada kemampuan. Banyak doa2 dibaca dan dinyanyikan.

Majlis itu juga boleh mengeratkan ikatan silaturahim.

No comments:

Post a Comment