Wednesday, May 16, 2012
Wanita Bermandikan Darah
Kesiannya betul wanita yang baru abis pantang itu. Dia baru tiga bulan melahirkan anak sulung. Bayi lelaki. Dia parah kerana ditetak di kepala dan bahu. Darah mengalir laju dari kepalanya. Wanita itu ditinggal begitu saja. Dia pengsan di depan rumah. Mujur le tindakan cepat membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kodiang. Puan Fatimah Ishak (isteri majikan) yang prihatin.
Kenapa begitu kejam si piutang itu? Gara2 hutang Rm600 dia sanggup menetak wanita seperti Haslina yang berasal dari myanmar itu. Dia bersama suami dan anak menyambung hidup di negara ini. Suaminya bekerja si sawah berhampiran rumah mereka. Betapa berdebarnya hati sang suami (Arufullah) bila dimaklumkan kejadian berdarah itu.
Hutang membawa padah. Sepatutnya yang memberi hutang kena tau le risiko. Tau bawa diri. Kena bersabar . Dia sanggup bagi hutang tentu dia tahu tangani pembayar hutang. Kurang bijak dia sebab bertindak demikian. Apa lagi mencederakan seorang wanita. Tentunya wanita itu bukan yang sepatutnya membayar kerana dia ada suami.
Labels:
Untukmu wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment