Tuesday, May 22, 2012
Basikal Tinggi
Amboi punya best le jika dapat naik basikal yang paling tinggi. Tentu macam duduk atas pokok kelapa. Cuma malangnya basikal rendah pun aku tak tau bawa. Memang lucu bunyinya. Maklum le masa dulu2 di kampung basikal pun tak ada. Jadi tak kenal le basikal tu.
Aku naik basikal bila belajar di ITM (sekarang UITM). Tu pun Nina (kawan baik aku dari sarawak) yang tunggang. Aku sekadar boncang saja. Kami beramai2 ke Taman Bukit Cerakah. Saja pi jalan2 di hujung minggu. Seronoknya bukan main lagi. Aku memang penakut sebab tak pernah naik basikal. Semangat berkumpulan punya pasal aku beranikan diri jugak. Lagipun Nina begitu yakin.
Bila tiba di kawasan bukit . Aduii memang curam betul. Aku pejam mata le. Takutttt. Kami terjatuh. Abis tangan Nina luka . AKu luka di kaki. Ada juga kekawan lain yang jatuh di kawasan itu. Program suka2 jadi sakit. Apa pun jadi kenangan. Selepas itu kami tak pi lagi tempat itu. Segalanya tinggal kenangan.
Jadi bila tengok basikal paling tinggal ni teringatlah peristiwa di Bukit Cerekah tu. Pertama kali naik sudah ditimpa musibah pulak! Tu le pertama dan terakhir aku berbasikal sehingga kini.
Labels:
cerita kak long
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment