Monday, May 28, 2012

Hari Seniman

Para seniman berhimpun lagi dengan datangnya 29 Mei. Tarikh ini telah diwartakan sebagai Hari Seniman sejak tahun 2005. Kini telah tujuh tahun Hari Seniman diadakan. Betapa bertuah para seniman tanahair mempunyai satu tarikh khas untuk diraikan. 29 Mei diambil sempena kepemergian Tan Sri Dr. P.Ramlee ke rahmatullah.

Sempena Hari Seniman ini pelbagai acara dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama pelbagai persatuan atau NGO. Tahun ini perhimpunan Hari Seniman diadakan di Taman Tasek Titiwangsa. Tentunya para seniman dibelai bayu tasek dan dilambai dedaun menghijau.

Jika dipandang sepintas lalu tentunya Hari Seniman utk itu lebih terfokus kepada pada artis, pemuzik, pengarah, pelakon dan pelawak. Mereka lebih sinonim dengan seniman. Mereka terlibat dengan aktiviti seni yang penuh dengan glamour itu.

Namun hakikatnya KPKK telah membesarkan skop seniman itu. Lalu mereka yang terlibat dengan seni ukir, seni tenon, seni tampak, seni foto, seni lukis, seni batik dan semua aktiviti yang berkaitan seni adalah dalam kategori seniman. Betapa ramainya warga seniman di negara ini.

No comments:

Post a Comment