Masuk tahun ketujuh Hari Seniman diadakan. Hari ini adalah tarikh keramat 29 Mei dtg lagi. Tarikh ini telah diwartakan sebagai Hari Seniman sejak tahun 2005 . Satu idea yang bagus! Ini disebabkan 29 Mei itu adalah tarikh perginya Tan Sri Dr. P.Ramlee meninggalkan dunia ini.
Beliau adalah artis atau seniman yang cukup luar biasa bakatnya. Malahan beliau tetap dikenali walaupun generasi itu lahir selepas beliau meninggal dunia. Memang P.Ramlee seolah2 dilahirkan khas untuk mengisi kekosongan tokoh seniman /artis - penyanyi, pelakon, pencipta lagu, pengarah, penulis lirik dan penggiat seni tulin di negara ini.
KPKK menjadi tunggak menganjurkan Hari Seniman. Tentu usaha murni itu disikan idea2 yang menarik. Terjentik di minda saya -apakah istimewanya Hari Seniman 2012 ini? Adakah program2 yang diadakan punya kekuatan agak lain dari tahun2 sebelumnya? Atau terdapat agaknya aktiviti baru yang lebih bermakna. Atau yang lama tapi pengisiannya lebih baik dan ada klas tersendiri?
No comments:
Post a Comment