Tuesday, May 29, 2012
cinta tak berbalas jadi psaiko
Mungkin cintanya terpendam. Atau memang dah gitau tapi cintanya tak berbalas. Atau mungkin caranya bagi cinta tak meyakinkan. Jadinya sang wanita itu (Siti Musalmah-bukan nama sebenarnya) menjadi sangsi dan takut. Lalu tepuk sebelah tangan le jadinya. Mabuk cinta boleh jadi psaiko tauuuuu
Sang lelaki ini ( Belly - bukan nama sebenar) datang ke sebuah klinik dan ingin berjumpa Situ Musalamah i. Dia datang bukan utk rawatan. Kehadirannya atas dasar peribadi saja. Namun Siti tak mau jumpa. Dia sibuk dengan kerja. Siti minta bantuan Ahmad (bukan nama sebenar). Maka, Ahmad pun melaksanakan tugasnya .Belly rasa terhina dan tak puas hati dengan tindakan Siti dan Ahmad. Dia pun terus buat aduan. Kononnya dia diugut. Keselematannya tak terjamin kerana Siti Musalmah buat aduan polis. Belly juga memberitahu pihak klinik dan polis memihak kepada Siti. Baginya berlaku ketidakadilan. Malahan Belly beranggapan dia menanggung sengsara dan keluarganya bagai dimalukan. (Mungkin jiwanya yang tertekan dan sengsara kerana niat tak kesampaian. Kasiannya....)
Dalam aduan Belly asyek menyebut nama Siti Musalmah saja. Dia berterusan tidak puas dengan tindakan wanita itu. Apa lagi dia menerima bantuan daripada Ahmad. Malahan Belly menganggap Siti ada hubungan dengan Ahmad. Secara tak langsung Belly menunjukkan dia dilanda perasaan cemburu. Sebab itu aduan demi aduan dilayangkan kerana dia tak puas hati dengan jawapan dan tindakan yang kononnya berat sebelah itu.
Pernah dia meminta supaya perkara aduan itu ditamatkan saja. Dia telah melupakan perkara yang lepas. Namun pada keesokan hari dia mengadukan lagi. Katanya ketika dia duduk sendiri baru dia terfikir kenapa mesti aduan itu diselesaikan tanpa menyebelahi pada dirinya. Kini aduan Belly datang lagi......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment