Tuesday, April 21, 2015

Calon PAS



Sebelum balik malam tadi aku cuba rehat sambil tengok mesej dalam handpon. Ada kekawan sekeliling sedang berbincang. Ada topik singgah sekejap di cuping. Ada mesej berlalu begitu saja. Maklumat yang agak menarik tentang calon PAS. Masih muda. Beliau berusia 40 tahun. Isteri baru seorang. Tampan. Pernah belajar di Universiti AlAzhar. Pernah jadi pensyarah. Felda membiayai beliau belajar di sana.  Bertuahnya anak Felda.  Belajar keluar negara kena taja.  Kemudahan yang terima itu faedahnya dibawa mati. Ilmu hasil tajaan Kerajaan itu akan dan boleh ditambah dari semasa ke semasa.  Segalanya bermula dengan tajaan.

Dalam hidup ini elakkan kita jadi seperti kacang lupakan kulit. Baik amalkan orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Namun orang sekarang selalu lupa. Melayu mudah lupa. Benar ke gitu? Ramai dapat biasiswa Kerajaan tapi susah berterima kasih. Ciannya orang cam tuuu. #kasutku #PRKRompin #Rompin

No comments:

Post a Comment