Wednesday, February 17, 2016
Rahsia berjalan kaki
Mari kita lihat sama2 hasil kajian Archive of Internal Medicine yang mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira2 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Malah, berjalan kaki laju mempunyai sembilan faedah, iaitu:
1. Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki lau boleh meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
2. Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan lau secara rutin.
3. Elakkan serangan jantung
Sesungguhnya otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Oleh itu, berjalan laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah lebih rendah. Di samping itu, dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku pembuluh darah ke jantung.
4. Angin ahmar atau strok
Tiada bukti kukuh yang mengaitkan senaman berjalan lau dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvad, Amerika Syarikat, yang sering berjalan iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak dua daripada tiga kes.
5. Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap2 terutama dalam kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
6. Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup kalsium dalam badan boleh terhindar dari ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
7. Meredakan sakit lutut.
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjal;an di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
8. Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
9 Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika rajin berjalan kaki, setidak2 kanser usus besar. Seperti yang anda maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Terdapat kajian yang menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
#myhebat
@Jpenerangan
#ariahjudah
17 Februari 2016
Labels:
#kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment