Cinta itu suci. Cinta itu kekuatan. Cinta itu anugerah Allah swt. Cintanya abadi. Dalam blog ariahjudah ni saya kongsi respek dengan penerbit prolifik, Datuk Ziela Jalil . Dalam sebuah akhbar terbaca catatan penulisnya - cinta abadi seorang balu. Dia itu ialah Ziela Jalil. Saya memang mengikuti perkembangan artis ini. Malahan macam2 story yang saya baca dan dengar sejak dulu lagi. Sesekali tanpa sedar saya membelanya jika news itu kurang baik. Tak tau kenapa. Bagi saya dia ada aura tersendiri. Ziela seorang yang cukup berhati2 dalam mengharungi dunia media. Bila dapat berita Ziela Jalil akan terima anugerah Datuk saya cukup teruja.
Baru2 ini dia mendedahkan hidupnya berhadapan dengan kesukaran yang cukup hebat. Ceritanya, selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub . Dia meninggal dunia ekoran kanser prostat pada 24 Januari 2008. Hakikatnya tentu hati seorang isteri akan remuk bila ketiadaan suami tercinta. Mujur le Ziela ada dua anak. Hingga kini cintanya tetap abadi. Tiada keinginan takat ini cari pengganti. Terbaikkk.
Menurut Ziela, kehidupannya seratus peratus berubah dan dia keseorangan menjaga dua anak yang ditinggalkan oleh Allahyarham yang juga merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selain gigih mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.
Justeru, Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, 46, yang baru sahaja menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkata, gelaran Datuk yang diterima dari Istana Pahang itu, telah sedikit sebanyak membuktikan kerja kerasnya dalam bidang seni selama ini dipandang pihak lain.
Katanya, selepas kematian suami, ramai yang menyangka kehidupan saya hanya berharapkan bekalan harta peninggalan suami. Tetapi, sebenarnya saya tidak perlu jelaskan kepada mereka apa yang saya usahakan untuk anak-anak selama ini. Bagaimana saya perlu berjuang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang balu, dengan anak-anak yang masih kecil pada ketika itu.
Hasil perkongsian hidup sebagai isteri kedua Allahyarham, Ziela mempunyai dua orang anak, Puteri Julia Nabilah, 23 dan Megat Jufri Nasrullah, 21,. Beliau juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junid Abdullah yang baru berusia empat tahun. Satu lagi saya tabik dengan Ziela Jalil sebab begitu setia menjaga ibunya. Tak hairan rezekinya murah kerana ibu tersayang sentiasa bersama. Doa ibu itu telus dan suci.
Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn. Bhd ini tidak menolak bahawa dia terpaksa memberikan fokus secara total kepada bidang penerbitan drama selepas hilang tempat bergantung. Kehidupannya sebagai ibu tunggal memang cukup mencabar. Moga Datuk Ziela Jalil terus sukses dan dalam keberkatan Allah swt sekeluarga.
#ariahjudah
No comments:
Post a Comment