Mari kita kongsi tentang TPPA. Apakah dia TPPA itu? Ramai yang tidak faham tentang TPPA ini. Banyak juga yang menentang TPPA bukan sahaja rakyat tapi dari kalangan pemimpin. Malahan, macam2 yang diviralkan di media sosial. Kadang2 tak masuk akal pun alasan mereka tak mau TPPA. Pendek kata ada yang mengikut emosi semata menolak TPPA.
Apakah kelebihan TPPA itu?
•Pentadbiran
dan Ketelusan –
mengukuhkan sistem pentadbiran dan menangani masalah rasuah.
•Standard –
menetapkan standard perdagangan antarabangsa yang baru bagi memudahkan urusan
perniagaan dan pelaburan; agenda reformasi yang berterusan.
••Akses
pasaran –
menghapuskan atau mengurangkan tarif dan halangan bukan tarif secara signifikan
bagi meningkatkan lagi perdagangan di antara negara TPP
Berhubung denga TPPA ini kemungkin beberapa isu akan timbul. Kadang kala isu itu timbul disebabkan dipandang dari segi logik. Antara isu itu ialah:
1. Pelabur luar curi peluang perniagaan dari syarikat tempatan
Jawapan:
Mari kita lihat jawapan untuk persoalan yang timbul itu.
i. Pelaburan luar kepada negara: Menyediakan peluang pekerjaan (eg: syarikat AS di PulauPinang; ramai orang Kelantan bekerja di sana)
ii. Syarikat Jepun dan AS bawa teknologi baru dan pelaburan. Contoh: Rohm Wako di Kelantan, Intel di Pulau
Pinang menghasilkan mikrochip; syarikat
Malaysia tidak ada teknologi
iii. Beberapa MNC 100% export-oriented, oleh itu tidak curi peluang perniagaan syarikat tempatan
Contoh: Tesco di Kota Bharu,
Giant di Kangar
iv. Sebaliknya, wujudkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan perniagaan baru
2. Penjajahan oleh
Amerika – penjajahan bermula dengan perjanjian perdagangan kemudian negara akan tergadai
Jawapan:
i. Amerika sekarang rakan dagang ke-3 terbesar selepas Jepun dan Singapura, Amerika merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia
i. Amerika sekarang rakan dagang ke-3 terbesar selepas Jepun dan Singapura, Amerika merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia
ii. sudah pun ada di Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor.
iii. Situasi menang-menang;
kita dapat manfaat peluang pekerjaan tambahan
iv. TPP melibatkan 12 buah negara: Jepun, Kanada, Australia dan lain
v. Kalau Malaysia dijajah, semua
negara ini juga terjajah
Lebih daripada 300 syarikat A.S.
telah pun berada di
Malaysia3. Ada yang menimbulkan persoalan ,kononnya TPPA menghakis kedaulatan negara – hak kerajaan dan rakyat akan terbatas, peranan Parlimen terjejas.
Jawapan:
i. Kerajaan masih boleh menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam terutamanya berkaitan keselamatan
negara, kesihatan awam, alam sekitar dan kebajikan
ii.Perlembagaan Pesekutuan tidak akan
dipinda. Pindaan
undang-undang di bawah TPPA hanya akan dibuat setelah mengambil kira faedah yang diperoleh oleh kerajaan dan orang awam
iii. Kuasa negeri di bawah Perlembagaan (Perkara 74, Jadual 9) tidak terjejas
4. Apakah keistimewaan negara2 TPPA itu?
Jawapannya:
4. Apakah keistimewaan negara2 TPPA itu?
Jawapannya:
•Malaysia – akses yang
lebih luas ke pasaran antarabangsa
•New Zealand – pasaran lebih besar buat produk tenusu mereka
•Viet Nam – bagi menarik pelaburan asing
•Jepun – manfaat yang ditawarkan terhadap sektor automotif, khususnya di pasaran Amerika Syarikat
•Amerika
Syarikat – bagi merangka
standard perdagangan antarabangsa yang
lebih tinggi; akses kepada pasaran produk pertanian Jepun.
Sesunggunya, Malaysia ‘berkawan’ dan berdagang dengan semua negara – Malaysia rapat dengan
China, negara-negara
ASEAN dan negara
Islam. Dengan wujudnya TPPA ini , maka rakyat dan negara ini akan menikmati perkara berikut;
i. Meningkatkan kerjasama dengan negara-negara TPPA (eg: dalam bidang PKS,
penguatkuasaan undang-undang alam sekitar).
ii. Membantu meningkatkan ketelusan dan tadbir urus yang
lebih cekap.
iii. Meningkatkan standard
buruh dan pengurusan alam sekitar. TPPA menekankan
penguatkuasaan
undang-undang.
Moga anda dapat sedikit ilmu dengan maklumat ini. Kita akan terus berkongsi maklumat berkenaan dalam blog #ariahjudah ini.
#myhebat
Moga anda dapat sedikit ilmu dengan maklumat ini. Kita akan terus berkongsi maklumat berkenaan dalam blog #ariahjudah ini.
#myhebat
No comments:
Post a Comment