Saya secara jujurnya memang suka tengok lakonan dan wajah Fasha Sandha. Dia memang cantik. Tak bermakeup pun jelita. Fasha seorang wanita yang manis. Sekarang tetap cantik dan manis walaupun beranak dua. Tak kira masa dia bujang atau selepas berkahwin. Komen orang tentang suaranya halus tak mengurangkan minat saya kepada artis berbakat ini. Begitu juga saya tak kisah pun bila ada orang tak suka dia berkahwin dengan Rizal Ashram kerana kononnya Fasha itu perampas. Kononnya Nora Danish berpisah dengan Rizal puncanya dia. Itu adalah kisah lalu mereka. Ia tak mendatang sebarang kesan atau mengurangkan minat saya kepadanya.
Fasha membesar dengan ibunya bersama adik2nya tanpa bantuan bapanya. Tak hairan ketabahan dan kecekalan seorang ibu menjadi sumber inspirasi seorang Fasha Sandha.Moga anak2 Fasha menjadi insan yang baik dan soleh. Baru2 ini Fasha Sandha mengadakanmajlis harijadi untuk anaknya, Putri Raysha Jemyma yang dihadiri bintang2 terkenal kononnya. Namun, awal2 fasha umumkan , tidak akan manjakan anak2nya dengan kemewahan. Memang tindakan itu amat wajar.
Saya tabik dengan Fasha Sandha ini kerana walaupun dah popular tapi tak lupa diri. Ibu dan adik2nya tetap diutamanya. Bintang macam ini perlu dicontohi oleh artis2 lain yang seolah2 tak menghiraukan orang tua atau adik beradiknya. Tahniah Fasha Sandha
.
No comments:
Post a Comment