Saya yakin dia menjadi yang terhebat . Sejujurnya saya suka tengok lakonan pelakon kecil molek ini. Sebenar saya jarang tengok dia berlakon. Namun bila sebut nama Ayda Jebat saya kenal le. Namanya sedang meniti populariti ketika ini. Ayda pun cantik dan bakat pun hebat. Tak hairan pelbagai
deretan drama yang menanti, nama Ayda Jebat pastinya terpahat sebagai antara
pelakon wanita pujaan ramai.
Namanya melonjak menerusi drama Rindu Awak 200%. Saya mulanya tertanya2 juga tentang drama ini. Tajuk pun lain macam saja. Drama diolah dari novel. Mujur le tengok siaran ulangan. Memang hebat lakonan Ayda ini. Selain itu drama M.A.I.D juga hot. Dalam tempoh kurang
setahun dia telah memenangi enam anugerah popular. Benar2 hebat le Ayda Jebat ini. Banyak lagi dramanya akan menyusul. Tabik dengan bakat artis muda ini.
Dia menang antaranya Artis Baru MeleTOP, Angerah Top Top MeleTOP (Wanita) pada Anugerah
MeleTOP selain Artis Baru Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular). Saya pulak secara peribadi memang minat bakat lakonan Ayda.
“Saya amat mensyukurinya,” kata Ayda. Bagus jika setiap insan di bumi Tuhan ini sentiasa bersyukur. Harap2 artis ini sentiasa bersyukur dan tidak berubah menjadi ego dan sombong. Tidak dinafikan ramai artis yang tiba2 hidung tinggi bila dah popular dan laris di pasaran pentas seni. Malahan yang menyedihkan lagi terlupa asal usul sehingga tak ingat tanggungjawab terhadap orang tua. Biasa le bila dah banyak duit dan kaya tu ada saja kerenah yang kononnya untuk menjaga imej.
No comments:
Post a Comment