Nora Danish manis. Cantikkk. Saya suka tengok Nora ini. Dia punya kecantikan yang tersendiri. Namun, langit tidak selalu cerah. Lautan mana tidak bergelora. Begitu jugak dengan Nora ini. Ada khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri kononnya berdepan dengan masalah. Baru2 ini khabar angin itu akhirnya terjawab apabila aktres
tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.
Tentu remuk jiwa Nora atau nama
sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34. Nora dan buah hatinya yang anak kepada Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat
keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.
Peminat Nora sayangkan dia. Sebab itu timbul persoalan mengenai status perhubungan pasangan itu apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung
tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing. Macam2 persepsi timbul. Logiknya masakan pokok bergoyang jika tiada angin bertiup.
Sebelum ini, Nedim memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti
yang sering dilakukannya sebelum ini. Memang begitulah adat kehidupan orang yang kita cintai itu tidak semestinya kita miliki.
Nora tidak menjelaskan sebab berlakunya perpisahan mereka. Namun tentu ada sebab yang munasabah sehingga keputusan itu kena buat. Sabar saja le Nora. Mungkin ada himmah di sebaliknya. Peluang untuk Nora bahagia tetap ada. Lagipun, Nora mempunyai seorang
anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu
dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun
berkahwin.
Didoakan Nora Danish akan bertemu seseorang yang mencintainya dengan sepenuh hati dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment