Pelik tapi berlaku. Tu le yang terjadi di Wellington. Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun mengejutkan keluarganya
apabila bermain piano dengan baik ketika tidur. Isabelle yang menghidap penyakit berjalan dalam tidur tiba-tiba bermain piano
walaupun baru mengikuti kelas alat muzik berkenaan.
Aksi Isabelle bermain piano sambil tidur dirakam oleh bapa saudaranya, James
Hodgson dan dimuat naik di laman YouTube. Memang luar biasa lagaknya. Dalam video berkenaan Isabelle bermain piano dengan baik walaupun matanya
tertutup dan berdengkur.
Beberapa ahli keluarga remaja itu kelihatan terpegun melihat dia bermain alat
muzik berkenaan.
Hodgson berkata, Isabelle sering berjalan di dalam tidur, tetapi ini kali
pertama dia bermain piano.
Dia baru mengikuti kelas piano dan belum mampu bermain piano dengan
baik. Bagaimanapun, aksinya bermain piano ketika tidur sangat mengejutkan kerana
dia seperti sudah bertahun-tahun bermain alat muzik berkenaan.
Katanya lagi, lebih pelik lagi Isabelle kembali semula ke katil selepas bermain piano dan
keesokan harinya dia tidak mengingati apa yang berlaku. Yang nyata,Isabelle juga tidak boleh bermain piano dengan baik seperti
dilakukannya ketika tidur. Tambahnya, Isabelle sebelum ini pernah menyanyi ketika tidur dan keesokan
harinya remaja itu memberitahu dia bermimpi bernyanyi di satu konsert.
No comments:
Post a Comment