Assalamualaikum. Mari kita kongsi dalam blog ariahjudah ini betapa jahatnya Kumpulan Militan IS. Memang jika ikutkan hati tak sanggup tengok video juruterbang Jordan dibakar hidup2. Tindakan mereka amat kejam. Kumpulan itu membakar juruterbang berkenaan bagaikan mereka bakar ayam atau ikan saja. Memang mereka dirasuk iblis dan syaitan. Jiwa saya diruntun sedih melihat juruterbang itu dibakar dalam kurungan besi. Api begitu cepat menjilat kawasan dan seterusnya membakar dia berdiri dalam kurungan itu.
Dalam video yang durasinya 22 minit itu jelas menunjukkan imej seorang lelaki yang
dikatakan sebagai Maaz al-Kassasbeh dibakar hidup-hidup di dalam kurungan di
mana dia dikurung. Dalam video itu kelihatan baju juruterbang dibasahkan dengan
minyak. Kelihatan jugak imej itu melutut di dalam api dan disaksikan orang
ramai. Amat meruntun kalbu. Sesungguh amat kejam pejuang yang mengaku tentera Islam ini. Seolah-olah mereka tidak
pernah membaca Al Quran surah Baraah At Taubah / Al Insan mengenai etika peperangan hal tawanan dalam Islam juga hadis menurut
Sunnah Rasulullah saw.
Jordan dilaporkan bertindak balas membunuh enam (6) tahanan ISIS –
MRM / Anaghoib
Islam
melarang umatnya berlaku zalim dan kejam terhadap tawanannya. Allah berfirman
bermaksud:
“ …dan mereka
(iaitu orang yang beriman) memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin,
anak yatim dan orang yang ditawan. Surah Al-Insan: ayat 8
No comments:
Post a Comment