Ketika membaca cerita buah pinang tiba2 saya teringat kampung halaman. kota belud salah sebuah daerah di pantai barat utara Sabah diduduki oleh ramai penduduk yang makan buah pinang. mereka makan sirih. malah ia menjadi amalan atau budaya kaum wanita khasnya. tidak dinafikan juga ada kalangan kaum lelaki makan sirih.ramai orang kota belud masih makan sirih pinang sehingga sekarang.
Oleh itu di negeri di bawah bayu buah pinang dan daun sirih, gambir dan kapur masih mempunyai pasaran yang baik terutama di kota belud, kota marudu, kudat, tuaran, ranau, papar, tanjong aru, penampang , keningau, tambunan,dan kota kinabalu. jika dilihat budaya makan sirih ini banyak di kalangan mereka yang berketurunan bajau, kadazan, dusun, murut, ubian dan irranun. manakala kaum lain seperti bugis, brunei, sungai, jawa, cuma sekadar makan biasa sahaja .
Tapak sirih selain menjadi barangan hantaran ia juga menjadi jamuan paling depan jika ada majlis2 besar seperti kenduri kendara. ia seolah2 menjadi budaya menyambut terutama di kalangan orang bajau dan irranun. sirih pinang akan diletak dalam bekas yang pelbagai. ada yang mahal dan ada yang murah atau biasa sahaja. tapak mahal dibuat dari tembaga atau perak. manakala yang murah atau biasa ialah bekas plastik, tin dan plastik. yang penting ramuannya mesti lengkap iaitu sirih, pinang, gambir, kapur dan tembakau.
Selain itu saya tertarik dengan cerita seorang nenek di pulau mutiara. dia ialah nek Yah yang telah 50 tahun mengacip buah pinang tetap setia dengan pekerjaan tradisinya. wanita yang berusia 69 tahun ini menetap di kampung selamat, tasek gelugor. buah pinang menjadi sumber pendapatannya. beliau mempunyai 30 pokok pinang yang masih subur di sekeliling rumahnya. memang pendapatannya tidak semewah dulu. bagaimanapun permintaan terhadap buah pinang masih ada terutama di kalangan warga myanmar - meneruskan budaya makan sirih.
Nek Yah juga menjual buah pinang untuk digunakan bagi rawatan perubatan tradisional. Dia menjual buah pinang kepada pemborong di pekan padang serai dan tasek gelugor selain dibeli pembeli sekitar pulau berkenaan. penjualn buah pinang nek yah sekitar tahun 50-an hingga 70-an amat laris. kini jualannya semakin kurang kerana generasi kini tidak tahu apa fungsi buah pinang. jumlah orang makan sirih pun semakin berkurangan.
Lalu adakah perusahaan buah pinang akan pupus? adakah budaya makan sirih akan hilang? hanya masa yang menentukan. namun nyata orang lama yang makan sirih gigi mereka tahan walaupun gigi mereka tidak putih bersih. malahan ada yang warna gigi mereka hitam berkilat terutama orang2 lama di sabah.
No comments:
Post a Comment