Tuesday, May 15, 2012

Ia bermula

Jumaat 15 Oktober aku dan suami mendapat panggilan drpd abg long. Katanya kami kena bagi passport untuk dihantar ke Tabung Haji. Berdebar hati. Terjentik pertanyaan dalam diri,"mungkin ada rezeki untuk ke Mekah ni..."

Lewat petang setelah habis tugas kami pun ke Tabung Haji Jalan Tun Razak. Abg Long masih dalam perjalanan. Lalu suami mencadangkan kami ke surau untuk solat Asar. Selesa dan bersih surau TH itu. Kupanjatkan doa kepada Illahi supaya dipermudahkan rezeki untuk ke Mekah tahun ni bagi menunaikan Haji bersama suami dan ibu tercinta.

Lebih kurang jam 6.00 petang abg Long datang dengan menaiki moto. Lapang dada saya. Dia memegang 3 passport. Suami pun memberi 3 passport kepadanya. Dia kata kami kena tunggu kawan untuk menyerahkan passport itu. Agak lama menunggu kerana rupa2 kawan itu keluar. Aku berpaling ke arah bangku dan ternampak seorang lelaki berwajah tenang. Suami tersenyum kepadanya dan dia menegur sambil memberitahu sedang menunggu abg long. Rupa2nya lelaki itua datang untuk wakilkan kawan abg long mengambil passport itu.

Aku sms ke kampung supaya eyang bersiap sedia. Aku dapat bayangkan adik2 tentu kalut terima maklumat itu.

Selepas kami pun pergi minum petang di pulau....


18 Oktober 2011 - langkah kedua

Aku dan suami mencari sebuah kedai yang menjual barang keperluan untuk umrah/haji. Suami begitu faham siluk biluk sekitar Kuala Lumpur tanpa membuang masa dapat menjejaki kedai berkenaan. Kami pun memilih beberapa barang. Sayangnya tidak semuanya ada. Namun barangan itu terpaksan ditinggalkan kerana wang tunai tidak cukup dalam tangan. Mereka juga mau tutup kedai.

Kami pun meneruskan usaha dan berkunjung ke Mydin di Jalan Masjid India. Aku telitikan senarai di tangan. Dapat dibeli beberapa barang termasuk 2 buah beg pakaian, seluar putih, sabun dsb.

Jam 9.30 malam kami pun balik ke rumah di Ampang.

19 Oktober 2011

Setelah berbincang dengan suami aku pun memaklumkan mengenai perjalanan suci itu kepada Ketua UKK. Alhamdulilah dia boleh menerimanya.

20 Oktober 2011

Aku terima sms daripada pembekal pakaian berkenaan. Dia mengatakan mini jubah (putih) sudah ada. Setelah berfikir aku bincang dengan suami untuk membatalkan beberapa barang kerana harga agak mahal. Petang itu cuma suami saja yang pi ambil dan bayar barangan yang kami tempah.

21 Oktober 2011

Aku dalam keadaan serba salah kerana belum dapat apa2 jawaban daripada tabung haji. Pertama risau kerana aku perlu memohon cuti. Cuti diperlukan untuk permohonan itu.

Lewat tengahari bos aku bertanya tentang perjalanan suci itu. Jawabanku masih tunggu maklumbalas...

22 Oktober 2011

Beberapa pakaian aku basuh walaupun sudah lewat petang di Wangsa Maju. Untuk menjaga supaya tidak luntur warna kuasingkan pakaian hitam dan putih.

Aku hubungi eyang di kampung. Kami bercerita tentang perjalanan suci itu. Mudah2an segalanya direstui Allah dan diberi rezeki untuk kami membawa eyang ke tanah suci. Ya Allah permudahkanlah niat suci ini dan jauhikanlah kami dari kesusahan.

Lewat jam 10.30 malam barulah aku abis membasuh...

23 Oktober 2011

Aku bersama sahabat (Gee) keluar ke Jalan Masjid India. Tujuan untuk berjalan2 sambil membeli beberapa barangan lagi Namun Gee sempat beri pendapat supaya beli yang betul2 patut saja.

24 Oktober 2011

Pakaian suami (utk ke tanah suci) kukumpul untuk dibasuh. Ia sebagai persediaan.

No comments:

Post a Comment