Tuesday, May 15, 2012

Disekat alam maya

Memang amat mengeciwakan. Rasa terlalu disekat. Mana dia alam maya. Boleh interaksi tanpa sempadan. Adui maaf le ruang aku ini  macam bawah tempurung saja. Terasa macam berada di era 80-an atau 90-an. Tengok kerja, tengok kekawan, tengok bos dan tengok komputer untuk menaip. Bosan sangat. Kononnya sekarang kena celik komputer.

Pergerakan bagai dalam hutan. Fikiran disekat. Pandangan tersekat. Semuanya dikawal konon. Mungkin tujuan supaya tumpu pada kerja. Memang tempat kerja ini tak mesra alam dan minda. Jika di tempat lama kemudahan amat memuaskan terutama unit perhubungan awam. Maklum le kerja2 PR ni kena tau juga bahan2 di internet. Perlu buka FB. Jka ada waktu gi kena ada twetter. Dan lain2 laman yang punya orang layari. Segalanya untuk komunikasi. Tapi aku tak mudah masuk ke ruang itu. Sedangkan ada ketikanya minda serabut. Ia perlu dirungkaikan. Lalu sesekali kena tengok laman2 berkenaan.

Macam tak dihargai saja. Malah macam tak dipercayai. Terfikir bagai pihak berkenaan senang2 sekat sedang ada keperluan. Biasa le bila ada kuasa. Senang2 saja sekat misalnya sekat kemudahan internet tak kira apapun bidang kerjanya.

Terus disekat alam maya menyebabkan aku tak terasa indah di sini. Komunikasi kian terhalang. Bukan selalu pun buka FB ( FB Kementerian sepatutnya kena buka)atau blog. Sesekali untuk updatekan diri, maklumat dan komunikasi. Alahai...

No comments:

Post a Comment