Thursday, May 31, 2012
Bakar kalori
Setiap kali bincang tentang kalori memang merisaukan saya. Kalori perlu dibakar. Mesti seimbang dengan keperluan badan. Memang risau dibuatnya sebab seketul kuih pun boleh mencapai 40 hingg 60 kalori. Jika dikecilkan lagi memang kalori akan sikit tapi boleh kenyang ke? Makanan itu memang penting tapi kandungan makanan sekarang ini amat mencabar kesihatan. Apa taknya ramai orang ambil kalori terlebih setiap hari kecuali mereka yang kerjanya banyak mengeluarkan penuh. Mereka banyak gunakan tenaga. Tidak seperti mereka yang bertugas dalam pejabat yang suasananya sejuk.
Jadi untuk membakarkan kalori itu kita kena lakukan aktiviti fizikal. Ia dapat mengeluarkan penuh dan menggerakkan otot. Aktiviti berjogging, berbasikal, berenag atau melakukannya di gimnasium. Senaman atau aktiviti cergas blh membuat badan berpeluh. Jantung jugak boleh berdegup kencang dan ini sangat baik untuk kesihatan badan. Semuanya itu menyebabkan kalori terbakar dan aras kolestrol boleh menurun dalam badan.
Labels:
Hidup sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment