Janji jam 12 tengahari dtg. Katanya datang dengan kawan. AKu dan mydarling tak dapat bayang siapa kawan itu. Dalam fikiranku mungkin juga kawan itu orang yang ada busines dengan petronas. Sebab sebelum ini dia ada sebut nak kenalkan dengan orang berkenaan. Macam2 ada dalam minda. Mungkin jugak kawannya itu partner mengubat cara Islam?
Kami sediakan makanan tengahari mulai jam 11 pagi. Saja bawa makan2 bersama. Masak yang simple saja. Shida bawa kari sotong. Aku dan mydarling awal pagi sudah ke pasar. Beli ikan, ayam dan sayur. Ulam pun beli jugak. Aku sudah pasang niat akan makan yang patut saja. Lewat sikit jam 12 makanan tengahri siap untuk dihidangkan.
Jam 12.30 tengah dia- ustazahpun datang. Tak sabar tengok kawan dia itu. Rupa2nya pasangan suami isteri. Umur mereka dalam lingkuangan 30-an. Setelah borak2 kejap baru le tau mereka bakal membuat bengkel pada 28 April. Aku tertanya2 kenapa agaknya mesti gitau mydarling? Adakah mereka ni pun buat rawatan cara Islam. Tapi gaya dan penampilan isterinya agak kurang sesuai. Dia cantik dan moden sekali.
Setelah rehat seketika ustazahpun memulakan kerjanya. Selawat sentiasa di bibirnya. Ayat2 suci terus dibacanya. Satu2 anak2 diskannya. Mak Teh bersama anak2, menantu dan cucu2nya datang. Aduii rupa2 anak sulung perempuan ada benda. Ciannya dia. Semasa dirawat dengan ayat2 suci dia sakit kepala, masuk angin, lenguh badan dan macam nak mula. Selepas itu dia dan adik masing2 dimandikan dengan limau. Untuk lengkapkan rawatan mereka diperkenalkan dengan minyak wangi. Minyak itu telah dibacakan 30 zusuk ayat2 suci alquran. Wangi semerbak. Macam2 hikmah ayat2 berkenaan.
Sempat juga scan tentang perniagaan, pekerjaan dan kebahagiaan keluarga. Ada juga yang bermasalah. Hidup le katakan. Apapun perubatan cara Islam mesti berlandaskan solat lima waktu. Perlu sentiasa bersalawat terhadap junjungan besar Nabi Muhamad saw. Bacaan ayat2 suci alquran. Pakai minyak wangi pun sebelum atau selepas solat. Betapa indah dan intimnya solat dengan kehidupan.
No comments:
Post a Comment