Saturday, April 21, 2012

Hidup ini tunangnya mati


Betapa terkilannya diri. Berada di Kuala Lumpur ini memang dugaannya banyak. Dua hari lepas nenekku meninggal dunia. Ketika Izan (sepupu) menelefonku, aku terkedu. Mula2 aku macam kosong. Macam tak percaya. Aku terus call adik (Ida). Dia pun tak tau. Lalu aku call Doy (adik bungsu). Mereka memang berada di hospital. Berderau darahku. Macam2 bermain dalam fikiranku. Aku teringat tentang nenak. Tiba2 terbayang wajah. Terdengar2 ketawanya. Gigi palsunya agak kemerah2an itu singgah di mataku. Aku teringat nenek ketika dulu sering bertanya bila aku akan berkahwin. Bila aku dapat jodoh nenek kelihatan gembira. Terbayang di matanya senyuman puas.

Kini masuk tiga malam dia di alam barzah. Mudah2an rohnya dicucuri Allah rahmat. Kutahu masa kini keluarga di kampung membuat kenduri doa selamat pagi dan petang. Moga doa2 itu memberi cahaya untuknya. Terbayang keadaan keluarga sibuk sediakan makanan dan minuman. Tentu mereka bergotong royong. Ayat2 alquran sentiasa dibaca. Di kampung ada kumpulan pembaca yassin wanita dan lelaki. Mereka membaca bergilir2. Lepas itu mereka disajikan dengan minuman dan makanan . Ada kuih muih, mee goreng, bubur dan sebagainya. Segalanya ikhlas. Mudah2an semua doa dan ayat2 alquran itu membantu perjalanan nenek di alam kubur.

Perginya nenek ke alam barzah maka aku kehilangan semua keluarga yang tua. Namun hidup tunangnya mati. Setiap insan menunggu gilirannya. Tak siapa yang tau bila tunangnya datang menjemput. Mudah2an kita pergi dalam keadaan yang baik2. Kita terus ingat bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah swt. Berikanlah iman yang teguh ya Allah pada hamba-Mu ini.

No comments:

Post a Comment