Amat menakutkan. Gangguan orang halus boleh menyebabkan kanser. Minta2 selisih 44 malaikat penyakit tak berjangkit itu tak hampiri diriku. Aku begitu teruja ketika berbual dengan ustazah. Pertemuan yang tidak dirancang. Cuma aku kebetulan diarah hadir perjumpaan PUSPANITA.
Mungkin memang rezeki bertemu dengan Ustazah. Memang betul2 di luar jangka. Aku juga rasa kesorangan dalam majlis yang dirasmikan oleh orang besar itu. Aku tidak jumpa kekawanku. Jadi ketika program nak ke jamuan aku menghampiri dua orang wanita. Maka, ustazah menegurku. Dia menyatakan kolestrolku tinggi. Dia memegang tanganku sambil menyatakan sesuatu. Dia mengajakku duduk ke suatu sudut. Aku leka mendengar penerangannya.Namun tiba2 rasa takut kenapa aku berdepan dengan kerenah2 ini? Ustazah kata datang le klinik dia di Pandan Indah.
Pesanan ustazah kita hendaklah berhati2 kerana ada kanser wujud disebabkan gangguan halus. Perjalanan darah terganggu. Timbul kotoran dalam darah kerana gangguan itu. Jadi apa lagi berjumpa dengan mereka yang mahir tentang perubatan Islam untuk mengatasi dan menyembuhkan diri dari gangguan orang halus atau jin.
No comments:
Post a Comment