Thursday, March 8, 2012
Anak hilang sebab leka layari facebook
Macam tak masuk akal. Seorang suri rumah terlalu leka melayari facebook sehingga terlupa anaknya. Anaknya berusia lima(5) tahun. Dia tegah minta anaknya keluar ke kedai beli magg kerana anak itu teringin makan maggi.Kesian si kecil itu. Wanita berusia 25 tahun itu terus mabuk dengan FB. Dia sedar anaknya tak balik apabila suaminya bertanya di mana si kecil itu. Memang wanita itu keterlaluan. Facebook menjadikan dia lalai.
Kini anak itu telah hilang. Wanita itu menyatakan anaknya masih hidup berdasarkan telikan bomoh. Percayakah dengan telahan itu. Mungkin hanya bayangan. Yang penting usaha tetap diteruskan. Harap2 si kecil selamat.
Facebook banyak faedahnya tapi mesti digunakan dengan bijak. Sekadar menghabiskan masa dengan chatting dengan kawan2 rasanya tak sesuai untuk wanita berumahtangga dan mempunyai anak yang masih kecil. Tanggungjawab untuk rumahtangga dan keluarga lebih penting.
Labels:
cerita kak long
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment