Monday, January 8, 2018

Tip-tip membeli rumah



Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kekawan dalam blog ariahjudah.  Kini kita berkongsi cerita mengenai rahsia membeli rumah ikut kemampuan dan memenuhi idaman. Rumah tak semestinya besar dan mewah.  Ada rumah mahal tetapi sebenarnya kualitinya rendah. Bukan mudah untuk membeli dan membina rumah idaman. Tambahan masa kini nilai rumah tinggi kerana nilai hartanah yang mahal terutama di kawasan bandar.

Bagi yang bujang atau belum mendirikan rumahtangga atau bilangan ahli keluarga yang kecil atau baru berumahtangga tak banyak masalah tinggal di pangsapuri tiga bilik. Tetapi jika bilangan keluarga besar tentunya  lebih selesa jika memiliki rumah yang luas dan mempunyai laman sendiri. Ada juga orang bujang atau individu tertentu lebih selesa tinggal dalam rumah yang punya ruang yang luas.  Nah! tentunya bukan mudah untuk memenuhi kehendak hati itu.

Perlu juga dinyatakan, kediaman yang dekat dengan tempat kerja dan ada kemudahan pengangkutan awam sering menjadi pilihan.  Selain itu, kawasan yang semangat kejirannya yang bagus serta mempunyai kemudahan surau, masjid, sekolah dan pusat beli belah juga menjadi idaman ramai.

Alahai kalau diikuti kehendak hati tentunya amat payah dipenuhi.  Semuanya mauh ada di depan mata.  Begitu manusia sejak dulu hinggalah sekarang ini.  Apa yang penting ikut kemampuan dan tidak terlalu ketat dengan beban hutang. Nah! apapun keputusan ditangan masing-masing untuk membeli rumah idaman mengikut bajet yang ada pada setiap individu.

Antara tip-tip membeli rumah idamana adalah seperti berikut:

1. Selidiki latar belakang pemaju
2. Meninjau kawasan perumahan yang sesuai
3.Memilih kejiranan yang aman
4. Berdekatan dengan tempat kerja
5. Pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai kemudahan asas seperrti surau, sekolah, taman asuhan kanak2, masjid dan pasar raya.
6. Pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai rangkaian laluan seperti lebih raya dan ada pengangkutan awam.


SELAMAT MEMBELI RUMAH IDAMAN ANDA.

#storyariahjudah
#belirumahidaman

Wednesday, January 3, 2018

Ringgit mula 2018 positif, tertinggi dalam 17 bulan



Hari ini 3 Januari 2018, saya begitu teruja bila mendapat khabar sentimen dolar As lemah, pemulihan harga komoditi sokong mata wang tempatan untuk terus berada dalam kedudukan kukuh.  Selama ini orang ramai mempertikai nilai mata wang Malaysia jatuh. Malahan ada yang mengambil peluang untuk mengutuk kerajaan. Saya bukanlah pakar ekonomi tapi bila dapat info ringgit memulakan dagangan hari pertama 2018 semalam dalam aliran meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan memecah paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, maka saya bangga nilai ringgit bertambah baik.

Mari kita lihat berdasarkan laporan akhbar, menurut perangkaan Blomberg, mata wang tempatan itu mencecah paras RM4.0175 sedolar, paras tertinggi sejak Ogos 2016, sebelum mengakhiri dagangan hari pertama 2018 pada paras RM4.0195 sedolar. Pencapaian sebegini suatu yang bagus dalam peningkatan mata wang tempatan.

Ternyata juga langkah yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menstabilkan ringgit juga membuahkan hasil dengan memperlihatkan pergerakan ringgit lebih stabil.  Adalah diharapkan suatu yang memang benar tentang fakta rata-rata penganalisis pasaran mengunjurkan ringgit dijangka meneruskan aliran pengukuhannya dengan mencecah paras AS pada tahun 2018.

Malahan, ada penganalisis yang mengunjurkan sentimen positif ekonimi tempatan dan faktor luar akan mendorong ringgit untuk menikmati aliran meningkat dengan mampu mencecah paras RM3.95 sedolar pada suku keempat tahun ini.  Kita doakan bersama2 supaya ringgit boleh bersaing dengan dolar AS dengan lebih berani.

#ariahjudah
#storyariahjudah
#pdnhebat




Tuesday, January 2, 2018

Sessi sekolah 2018 bermula hari dan semalam



Macam2 telatah  atau kerenah anak2 yang memulakan alam persekolahannya hari ini atau semalam. Golongan ibu bapa begitu sibuk menguruskan anak2 mereka ke sekolah.  Mereka bercuti demi anak.  Tahniah semuanya wahai ibu bapa. Amat diharapkan hubungan ibu bapa dan guru tiada lagi timbul perkara yang negatif dan menyedihkan.  Komitmen mendidik anak2 bangsa itu adalah tanggungjawab bersama antara ibubapa dan guru (pendidik). Ternyata anak2 sekarang lebih bertuah kerana kemudahan semuanya ada.

 Teringat masa saya kecik2 lebih 50 tahun yang lalu. Arwah bapak yang hantar ke sekolah. Kami terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana tiada kenderaan.  Sekolah pula dibuat dari papan yang tingkapnya ditongkat dengan kayu. Namun semangat untuk belajar tetap membara.  Walaupun saya anak kampung tiada rasa takut untuk ke sekolah. Malah tak sabar untuk masuk ke bilik darjah. Apa yang nyata saya memang tiada latar belakang ke sekolah taska atau tadika.  Segalanya tinggal kenangan. 

Kini segalanya berubah dengan wujudnya pembangunan dan kemajuan.  Menurut laporan akhbar, seramai 135,761 murid tahun satu di Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan memulakan alam persekolahan bagi tahun 2018 semalam. 56,576 daripada jumlah itu adalah dari negeri Johor, 20,631 dari Terengganu, 30,409 dari Kedah dan Kelantan seramai 28,145 murid. Manakala negeri2 lain memulakan sesi persekolahan  hari ini.

Apa yang diharapkan dalam tahun 2018 ini adalah persefahaman yang padu dan mesra antara ibu bapa dan pendidik. Golongan ibu bapa  diharapkan mengambil langkah yang proaktif untuk meningkatkan  hubungan  dengan warga pendidik di sekolah anak mereka pada tahun ini. Niat dan tujuan kedua2nya antara ibu bapa dan pendidik ialah melahirkan anak bangsa yang menjadi serta peneraju agama, bangsa dan  negara  yang cemerlang terutama mencapai matlamat TN50.

Harapan kepada murid2 pula supaya mengenali dan menghormati guru2nya kerana mereka adalah sebahagian insan dalam hidup anda yang akan mencurahkan ilmu pengetahuan, mencungkil  potensi diri anda, pendidik serta pembimbing nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi membentuk  diri anda menjadi insan yang terbaik dan syumul.

#ariahjudah
#pdnhebat
#storyariahjudah
#TN50

Catatan tahun baru 2018



Assalamualaikum.  Salam sehati sejiwa negaraku Malaysia. Ini catatan pertama dalam blog ariahjudah dalam tahun ini. Tahun 2017 meninggal banyak kenangan dan pengajaran. Terima kasih Tuhan.

 Alhamdulillah hari ni 2 Februari 2018 adalah hari Isin dan hari pertama bertugas di pejabat dalam tahun 2018.  Hari ni cuaca cerah. Tenang. Terlalu banyak nak nak dibuat dalam tahun ini.  Niat nak yang berkualiti. Impak yang terbaik. Produk yang relevan dengan keadaan sekarang. Biarlah apapun tindakan memenuhi kehendak bos gitu.

Keadaan di pejabat pun masih lenggang sebab ramai cuti sebab urus anak sekolah. Apa yang pasti sempat kami mengadakan perbincangan bagi melaksanakan bahan penerbitan untuk PRU14. Moga usaha ini berjaya.  Sebanyak empat (poster), satu(1) risalah dan Satu(1) buku kecil yang dapat dibincangkan tadi.

bersambung....
#ariahjudah
#pdnhebat
#storyariahjudah18



Wednesday, October 25, 2017

Masyarakat India sentiasa dibela



Bertemu lagi di blog ariahjudah petang ini. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang kehidupan di bumi bertuah ini.  Lewat petang ini kita berkongsi tentang masyarakat India di Malaysia. Betapa beruntungnya berada di bumi Malaysia ini. Negara yang aman damai. Kita mesti bersyukur terpilih menjadi warga Malaysia. 

Sesungguhnya, masyarakat India sentiasa dibela di  negara ini. Mereka  merupakan etnik ketiga terbesar di negara ini dan menyumbang ke arah pembentukan masyarakat majnuk.  Malaysia menjadi negara yang unik disebabkan masyarakatnya yang berbilang kaum tetapi boleh hidup aman makmur.  Perlu dinyatakan, masyarakat India telah berjaya membentuk pola kehidupannya tersendiri. Mereka mempunyai pengaruh dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi dan profesional sejak 20 tahun yang lalu.  Ini terbukti kerjaya peguam yang berjaya amat sinonim dengan masyarakat India. Ramai masyakarat India berjaya dalam politik dan menjadi menteri. Begitu juga dalam bidang perniagaan sehingga menjadi jutawan. 

Ini membuktikan layanan dalam semua aspek seperti kemudahan dan kesaksamaan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan, emiliki hartanah dan rumah, peluang mengundi dan kebebasan beragama.  Segalanya disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menaik taraf kehidupan kaum India. Pelbagai inisiatif kerajaan sediakan kepada masyarakat India.  

bersambung....

Tuesday, October 24, 2017

Assalamualaikum



Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Negaraku Malaysia.  Terlalu lama rasanya saya masuk ke blog ariajudah ini.   Ada rindu tapi tak kesampaian untuk mencatat walaupun sebaris ayat. Nah tiba2 rasa bersalah pula. Lantas lewat gini saya cuba paksa diri untuk menyapa. Sebenarnya terlalu banyak yang boleh ditulis tanpa entah le...

Hari ini saya menyemak buku perkhidmatan di aras 15. Buku saya dah tebal dan tak cantik sebab dah terlalu lama agaknya. Macam2 tulisan yang ada di dalamnya. Tak terasa masa begitu cepat berlalu. Buku tu pun dah dekat  sampai penghujungnya.  Story yang boleh dikongsi ialah cerita cuti GSR.  Rupa2nya agak lama kerani cuti tak masukkan cuti lebihan setiap tahun saya tidak dimasukkan dalam cuti simpan masa bersara. Tak sangka kerani dulu2 buat kerja tak smart.  Pada hal cara dulu2 kena isi borang. Masalahnya ada juga masanya penasihat tak betul nasihatnya, tapi saya dengar jugak sebab mereka bertugas di bahagian yang berkenaan. Tak sangka dia masin agak2nya saja. Nah! akibatnya cuti saya tak cukup. Selama ini saya anggap dah terlebih jumlah tapi rupanya tak cukup . Tak selesa jiwa dibuatnya pulak. Jadi tahun ni kena masukkan dua hari lagi cuti rehat. Sabar le hati. 


Saya ingin ingatkan adik2 atau rakan yang muda daripada saya supaya sentiasa semak buku perkhidmatan untuk kemudahan masa depan terutama bila tiba waktu pencen. Alhamdulillah syukurlah Bahagian Sumber Manusia Jabatan Penerangan Malaysia mengadakan hari bersama BPSM. Inilah peluang menyemak buku keramat perkhidmatan sendiri. Terima kasih dan tahniah kepada Penagaran BPSM JaPen dan warganya di atas usaha murni ini. 

Saya memang bahagia tadi dilayan oleh petugas yang amat peka dan berbudi bahasa.  Suaranya lembut dan wajah manis. Tahniah semuanya...

Monday, July 3, 2017

TN50 untuk masa depan negara

Mungkin masih ada yang belum mengerti mengenai program TN50. Ada juga yang masih tertanya2 akan kebaikan yang bakal diperolehi dari agenda negara itu.  Apa yang mustahak sebagai rakyat Malaysia kita kena menyokong aktivti begini untuk pembangunan negara. Penduduk  Malaysia memang bertuah  dan beruntung kerana mempunyai pemimpin yang sentiasa bersedia mengurus pentadbiran rakyatnya.

Kini, kita mempunyai sebuah gagasan yang besar yang perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan demi  kemajuan Malaysia, iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50). TN50  mempunyai matlamat jangka panjang untuk menjadikan Malaysia antara negara termaju di dunia dengan keterampilannya sendiri.

Sesungguhnya, hasrat TN50 bagi  mewujudkan  sebuah rekod aspirasi  negara  yang meluas liputannya, namun digabung rapi untuk panduan masa depan negara ke arah 33 tahun akan datang yang diperolehi dari pelbagai platform.

Program ini kelihatan lebih unik kerana ia dilaksanakan secara bottom up (dari rakyat kepada kerajaan) dan tidak lagi secara top down (kerajaan kepada rakyat). Oleh itu, perlu ada strategi yang berkesan dalam memberi kefahaman kepada rakyat mengenai TN50 di peringkat akar umbi bagi mendapatkan penyertaan segenap lapisan masyarakat yang mempunyai semangat positif dan optimis.

Selain itu, TN50 adalah kesinambungan dasar-dasar jangka panjang terdahulu yang membolehkan kerajaan menyediakan hala tuju negara dalam melakar sebuah negara bangsa unggul, berwibawa dan melahirkan generasi terbaik.  Untuk merealisasikan TN50 negara memerlukan generasi muda yang mempunyai semangat juang dan kesungguhan tinggi dalam menghadapi zaman yang lebih mencabar.

Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa  jika ingin tengok generasi akan datang, tengoklah generasi hari ini. Oleh itu, generasi hari ini dan akan datang perlu ada pendidikan, ilmu, pengetahuan, akhlak, takwa, keazaman dan semangat patriotik yang tinggi demi mencapai kejayaan Malaysia yang terunggul.

Justeru  itu, mari kita bersama  bergerak serentak sehati sejiwa untuk membina masa depan negara dengan klasnya tersendiri. Adalah  menjadi hasrat negaraku supaya rakyat akan mengetahui, memahami dan menghayati TN50 dengan membaca majalah Menteri keluaran kali ini. Sekian.


#TN50