Sunday, March 27, 2016

Berakhirnya tempoh seorang penjawat awam


Tiba2 teringat diri sendiri akan pencen jugak. Jika diikut zaman dulu2 usia saya pun dah boleh pencen.  Tak sangka masa bergelar pejawat awam dah hampir ke penghujungnya. Namun rasanya bagai baru saja berlalu. Saya kini semakin kerap memikirkan alam bersara apabila rakan2 baik ramai yang telah pencen.  Suami saya pun cuma tinggal beberapa bulan saja tempoh berkhidmatnya akan berakhir.  Ya Allah terima kasih banyak2 di atas kesempatan yang diberikan kepada hamba-Mu ini. Rupa2 saya telah berkhidmat lebih 30 tahun termasuk saya cuti tanpa gaji dan cuti bergaji untuk belajar.  Terlalu banyak catatan dan kenangan dalam tempoh perkhidmatan saya di Jabatan Penerangan.  Amat bersyukur jugak selama bergelar penjawat awam pelbagai kesempatan saya dapat termasuk menuntut ilmu hingga ke luar negara.  Alhamdulilah.

to be continued
#ariahjudah
#apakatageny
#withlovetogether

No comments:

Post a Comment